Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday, 10 October 2011

Lotus Renault GP terus optimis


AKSI jentera R31 yang bersaing dalam Grand Prix F1 di Singapura baru-baru ini.

SEMPENA perlumbaan Grand Prix Formula Satu (F1) Singapura yang berlangsung pada 25 September lalu, Proton Holdings Berhad (Proton) telah membawa kumpulan media dari serata Asia termasuk Malaysia untuk bertemu dan menyaksikan kemampuan pasukan Lotus Renault GP (LRGP).

Sebelum perlumbaan, Proton dan Kumpulan Lotus terlebih dahulu membuat pertunjukan di Clarke Quay, Singapura dengan mempamerkan model kereta masing-masing seperti Lotus Evora, Proton Satria Neo R3 dan jentera LRGP iaitu R31. Ratu cantik Australia, Scherri-Lee Biggs yang merupakan duta Proton turut hadir di pameran berkenaan.

Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir menyatakan pihaknya berhasrat untuk terus mengukukuhkan kesedaran jenama globalnya menerusi kerjasama dengan pasukan LRGP.

Kerjasama itu juga dilihat mampu menyumbang kepada pembangunan kereta Proton pada masa depan. Menerusi LRGP, Proton mendapat pemindahan teknologi automatif daripada Lotus.

“Selain akan cuba memperbaiki prestasi kereta Proton, kami juga mahu belajar tentang sukan permotoran berprestasi tinggi. Bukan sahaja tentang komponen atau sistem kenderaan, malah melibatkan logistik, pemasaran dan bidang lain. Ia adalah sebahagian daripada program pemindahan teknologi yang baik,” katanya.

Bercakap mengenai sasarannya dalam F1, Syed Zainal memberitahu beliau gembira dengan keputusan musim pertama setakat ini. LRGP kini sedang giat merancang untuk mencongak permulaan pada musim depan.


SUASANA lazim yang dapat dilihat sewaktu perlumbaan F1 berlangsung.

Jentera R32

Sementara itu, mengimbas semula perlumbaan di GP Singapura sebelum ini, Pengurus Pasukan LRGP, Eric Boullier mengakui ia umpama kisah yang amat mengecewakan. Namun beliau tetap optimis dan melihat apa yang telah berlaku sebagai pengalaman.

“Sebenarnya kami sedar mengapa aksi yang dipamerkan begitu mengecewakan. Jawapannya mudah, melalui selekoh pada kelajuan 60 hingga 100 kilometer sejam (km/j) adalah tidak memadai bagi jentera kami (R31).

“Jadi, misi kami selepas ini adalah untuk menyelesaikan masalah tersebut pada jentera R32. Kami yakin dapat melakukannya,” kata Boulier.

Ditanya mengenai prestasi kedua-dua orang pemandunya, Boullier tidak berdepan dengan sebarang masalah kerana apa yang lebih penting ialah jentera mereka.

“Meskipun tiada seorang di antara mereka yang menyerlah, itu bukan masalah utama kerana kami lebih bimbangkan jentera yang mereka pandu.

“Bruno (Senna) merupakan seorang pemandu yang cepat belajar. Dia sering mahukan cabaran daripada jurutera kami dan mahu meningkatkan pengetahuannya dari semasa ke semasa. Vitaly (Petrov) pula telah berjaya mengutip sebanyak 34 mata sepanjang perlumbaan pada musim ini,” tambahnya.

Kini, LRGP berada di tepat kelima dalam kategori pengeluar dengan 70 mata. Sementara Petrov berada di tangga kesembilan dengan 34 mata dan Senna di kedudukan ke-15 dengan dua mata dalam kategori pemandu.


SYED ZAINAL yakin kolaborasi dengan LRGP mampu mengukuhkan kesedaran jenama Proton di peringkat antarabangsa.

Seorang lagi pemandu LRGP, Fairuz Fauzi menegaskan beliau sedang merangka program dan perancangan untuk tahun depan.

“Saya amat berharap akan dapat berada di tempat yang tepat. Sudah tentu anda mahu berada dalam pasukan yang hebat untuk meningkatkan kualiti diri.

“Begitupun, saya berbangga dengan apa yang saya miliki sekarang. Cuma sukar untuk saya jelaskan apa yang akan berlaku dalam masa terdekat.

“Selain itu, saya juga harap orang luar akan mula buka mata untuk mencari bakat baru. Lapangan ini sangat kompetitif. Jika ada peluang yang lebih baik, saya akan merebutnya,” jelas Fairuz yang berhasrat untuk mencuba nasib di Eropah jika diberi peluang, beserta penaja dan bajet yang sesuai.

No comments: