Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday, 5 October 2011

Pembangkang umum bajet bayangan pelbagai janji


DARI UTUSAN MALAYSIA
5/10/2011



KUALA LUMPUR 4 Okt. - Seperti dijangka pembangkang sekali lagi mengumumkan bajet bayangan yang dilihat sebagai usaha untuk mewujudkan negara berkebajikan walaupun pelbagai janji sebelum ini tidak mampu dilaksana.

Belanjawan bertemakan 'Kesejahteraan untuk semua' itu memperuntukkan RM220 bilion yang didakwa melibatkan penjimatan sebanyak RM14 bilion berbanding peruntukan yang dibelanjakan kerajaan.

Biarpun bantuan RM100 yang dijanjikan kepada warga emas sebelum ini belum mampu dilaksanakan, hari ini mereka menjanjikan perkara yang sama malah menambah sehingga RM1,000 untuk tempoh setahun termasuk bayaran bonus kepada suri rumah dan menyelaraskan penerima bantuan kebajikan kepada RM550 sebulan.

Selain itu, mereka turut 'meniru' beberapa perkara yang sedang diusahakan kerajaan antaranya pengurangan pekerja asing menjelang 2015, pembangunan luar bandar termasuk menyasarkan penglibatan 55 peratus wanita dalam tenaga kerja menjelang tempoh sama.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengumumkan belanjawan bayangan itu kepada pihak media di bangunan Parlimen berkata, peruntukan itu mampu memberi 20 peratus nilai tambah kepada rakyat sekali gus mengekang defisit pada kadar 4.4 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Peruntukan itu katanya, akan menumpukan kepada matlamat utama menambah baik penyampaian subsidi kepada rakyat sebagaimana yang dicadangkan dalam Buku Jingga dan menghapuskan subsidi korporat yang kononnya selama ini menguntungkan golongan kroni BN.

Jelasnya, melalui peruntukan itu juga pihak pembangkang akan memperkenalkan gaji minimum sebanyak RM1,100, pembayaran elaun pendidik sebanyak RM500, peruntukan tambahan RM1.3 bilion untuk menambah baik skim latihan vokasional dan RM1 bilion untuk perumahan awam.

"Ini termasuk memotong belanjawan Perdana Menteri sebanyak RM10 bilion dengan mengembalikan peruntukan itu kepada kementerian-kementerian berkenaan.

"Penjualan lesen import (AP) akan dibuat melalui proses lelongan yang dijangka menambah pendapatan negara sebanyak RM1.2 bilion," katanya.

Anwar juga secara sinis berkata, bajet bayangan itu akan diciplak kerajaan untuk dimasukkan dalam Bajet 2012 yang akan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Jumaat ini.

Kelemahan pembangkang
oleh FARHANA JONI dan SOFIAN BAHAROM
pengarang@utusan.com.my


KUALA LUMPUR 4 Okt. – Kelemahan pembangkang jelas terserlah apabila bertindak memperkenalkan belanjawan yang bertemakan ‘Kesejahteraan untuk semua’ hari ini tanpa mengetahui perkara-perkara asas dalam ekonomi.

Ahli akademik, Dr. Chandra Muzaffar berkata, bagi merealisasikan belanjawan tersebut, pembangkang sepatutnya menyatakan juga sumber-sumber mereka.

“Butiran yang dinyatakan oleh pihak pembangkang itu jelas menunjukkan mereka tidak mengetahui pelaksanaan struktur dan landskap ekonomi.

“Kerajaan telah lama menyediakan belanjawan tersebut setelah mengambil kira hal ehwal semasa dan ekonomi dunia, mustahil untuk kerajaan meniru belanjawan pembangkang yang kabur itu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau yang juga bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) diminta mengulas tindakan pembangkang mengumumkan belanjawan bayangan, tiga hari sebelum kerajaan membentangkan Belanjawan 2012 Jumaat ini.

Sementara itu, pensyarah ekonomi Fakulti Sains Sosial, Universiti Sains Malaysia (USM) Prof. Amir Baharuddin berkata, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya bermimpi ketika menyediakan belanjawan tersebut.

“Belanjawan pembangkang itu tidak akan dapat direalisasikan pada tahun depan mahu pun pada tahun-tahun akan datang kerana seluruh dunia kini sedang berhemat dan berusaha mahu mencapai pertumbuhan.

“Kerajaan tidak akan meniru atau menciplak belanjawan palsu itu ekoran peruntukan tersebut tidak berasas kerana pada tahun depan negara akan menghadapi cabaran cukup getir apabila negara-negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat (AS), Jepun dan Eropah sedang mengalami kemerosotan,” katanya.

Jelas Amir, pembangkang dan Anwar boleh meneruskan mimpi-mimpi mereka itu dan melemparkan pelbagai tuduhan terhadap kerajaan.

“Kerajaan masih mempunyai ramai manusia yang boleh berfikir.” katanya yang merupakan salah seorang pakar yang terlibat dalam merangka belanjawan untuk negara selama 35 tahun.

Dalam pada itu, penganalisis ekonomi, Tan Sri Ramon Navaratnam berkata, pembangkang boleh merancang apa sahaja kerana negara ini mengamalkan sistem demokrasi.

“Bagaimanapun, pembangkang sepatutnya menunggu kerajaan membentangkan Belanjawan 2012 Jumaat ini terlebih dahulu sebelum mahu mencadangkan perkara baru.

“Merangka belanjawan bukanlah semudah seperti yang dilakukan oleh pembangkang kerana saya pernah berkhidmat dalam Kementerian Kewangan selama 27 tahun,” katanya.

KOMEN : MANISNYA MADU YANG YANG MEREKA TABUR... TAPI AWAS MADU BOLEH MENJADI RACUN BILA KUASA BERADA DITANGAN... ORANG MELAYU SENDIRI MAHU FIKIRLAH...?

No comments: