Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday, 4 October 2011

Nostalgia 27 tahun Blues Gang, Sweet Charity

Oleh ABD. AZIZ ITAR

PADA usia 59 tahun Ramli Sarip masih utuh di atas pentas persembahan.

BLUES Gang dan Sweet Charity merupakan dua kumpulan dalam genre muzik berbeza iaitu blues dan rock yang masih bertahan di persada muzik tanah air sejak lebih 30 tahun lalu.

Dua kumpulan itu bukan sahaja masih utuh dengan lagu-lagu mereka yang tidak luput ditelan zaman, malah turut mengimbau nostalgia para peminat pada Konsert 2 Raksasa yang diadakan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

Pada konsert anjuran Netzah Productions Sdn. Bhd. itu, Sweet Charity dan Blues Gang bergabung semula buat kali kedua di atas pentas yang sama selepas 27 tahun.

Gabungan dua kumpulan muzik gergasi itu bukan setakat mampu mengubat rindu para peminat, tetapi ia juga sebuah konsert berskala besar yang cukup dinanti-nantikan oleh anggota-anggota kumpulan tersebut.

"Sememangnya saya sungguh teruja untuk menjayakan konsert pada malam ini," ungkap vokalis Blues Gang, Ito Mohd. sebelum dia memulakan persembahannya.

Kumpulan blues yang mula mencipta nama pada tahun 1979 itu memulakan aksi mereka menerusi intro muzik blues yang disulami elemen muzik seperti gamelan Jawa sebelum meneruskannya dalam lagu Malaya Blues.

Ito yang menyanyi sambil diselang-selikan dengan aksinya bermain harmonika banyak mengimbau nostalgia dengan lagu-lagu lama Blues Gang yang sarat dengan nilai setempat rakyat negara ini.

Antaranya melalui lagu Sakit Sakit Sakit, Jumpo Kawan Lamo, Apo Nak Dikato, Khatulistiwa, Cinta Oh Cinta, Perempuan dan Ku Tetap Menanti pada konsert yang mengenakan tiket berharga RM73 dan RM500 itu.

Ito juga cuba menyuntik elemen 1Malaysia dalam lagu Khatulistiwa apabila menukar bait lirik lagu itu daripada 'hey orang kita khatulistiwa, kepada hey orang kita 1Malaysia' dengan gayanya sendiri.

Selain itu, pemain drum Blues Gang, Shaik Karim juga tidak ketinggalan menyanyikan tiga buah lagu berjudul Ibu, Katakan dan Mak Siti yang mempunyai melodi yang menarik.

"Lagu Ibu ini saya tujukan kepada semua ibu termasuklah ibu Ito iaitu Zaharah Maarof yang telah meninggal dunia minggu lalu," ujar Karim yang meminta agar para penonton bertafakur seketika selepas menyanyikan lagu itu.

Blues Gang yang turut menampilkan anggota asalnya seperti Jim Madasamy (bass), Julian Mokhtar (gitar) dan Ghani (keyboards) memang kental dengan muzik blues mereka.

Ternyata pada usia 60 tahun, Ito atau nama sebenarnya, Mohd. Arif Kendut masih mempunyai stamina di mana suara serak-serak basahnya masih tidak berubah sejak dari dulu hingga hari ini.

Malah, penyanyi blues yang mempunyai empat anak dan lima cucu itu tetap bertenaga pada persembahannya bersama Blues Gang selama 75 minit tanpa henti.

No comments: