Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday, 17 October 2011

Hernandez nafi hajat Reds

DARI UTUSAN MALAYSIA 16/10/2011


pemain Liverpool, Jordan Henderson (kanan) memintas gerakan pemain Manchester United, Wayne Rooney pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di Anfield, semalam. - AFP

LIVERPOOL - Pemain gantian, Javier Hernandez muncul penyelamat Manchester United apabila tandukannya pada minit ke-81 menafikan hajat Liverpool meraih tiga mata pada perlawanan yang berkesudahan seri 1-1 di Anfield, semalam.

Keputusan seri itu memastikan rekod tanpa kalah United masih bertahan selepas lapan perlawanan.

Pada perlawanan semalam, Liverpool mendahului melalui ketua pasukan Steven Gerrard yang berjaya menewaskan David De Gea pada minit ke-68 menerusi sepakan percuma dari jarak 25 meter, ekoran kesilapan Ryan Giggs yang membiarkan bola melepasi benteng.

Ferguson tidak menurunkan ramai pemain utama seperti Wayne Rooney, Nani dan Hernandez sementara Gerrard kembali disenaraikan sebagai kesebelasan utama semenjak Mac lalu selepas pulih daripada kecederaan pangkal paha.

Luis Suarez mungkin meletakkan Reds mendahului pada separuh masa pertama apabila sekadar berdepan De Gea, tetapi rembatannya tepat ke dakapan penjaga gol muda itu.

Liverpool seharusnya mampu muncul pemenang perlawanan semalam, namun kecekapan De Gea membuatkan skuad bimbingan Kenny Dalglish terpaksa berpuas hati dengan satu mata.

Penjaga gol dari Sepanyol itu cemerlang menyelamatkan percubaan cantik Dirk Kuyt pada minit ke-82 dan Jordan Henderson pada minit terakhir perlawanan.

Seminit sebelum perlawanan berakhir, Martin Skrtel yang berada di hadapan pintu gol United gagal memanfaatkan peluang terhidang apabila rembatannya melepasi palang gol ketika De Gea dan barisan pertahanan United berada dalam situasi kelam kabut selepas menerima asakan bertalu-talu.

Ferguson mempertahankan keputusannya tidak menurunkan Rooney lebih awal dengan berkata bintang England itu baru sahaja melalui minggu yang malang.

"Rooney masih terganggu dengan penggantungan tersebut. Dia baru sahaja melalui minggu yang malang dan saya rasa lebih baik dia bermula dari bangku simpanan, " katanya. - AFP

No comments: