Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 13 October 2011

MURTAD - GOLONGAN SASARAN


Empat golongan sasaran utama

Sebahagian peserta yang mengikuti Seminar Menangani Cabaran Kristianisasi di Malaysia di Shah Alam, semalam.

SHAH ALAM 12 Okt. - Empat golongan di negeri ini dikenal pasti sering menjadi sasaran utama gerakan pendakwah Kristian untuk memurtadkan umat Islam.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali (gambar) berkata, mereka ialah golongan yang tidak berdaya, anak-anak muda, pesakit kronik serta golongan intelek yang diterapkan kefahaman berkaitan ajaran Kristian menerusi pendekatan Islamik.

"Golongan-golongan inilah yang saya dimaklumkan menjadi sasaran gerakan pendakwah Kristian memurtadkan umat Islam. Golongan tidak berdaya merujuk kepada orang miskin dan bermasalah.

"Bagi golongan muda pula ialah di kalangan yang tidak mempunyai keluarga, terabai dan tidak mempunyai matlamat hidup.

"Pesakit-pesakit kronik pula ialah mereka yang terlantar di hospital dan diabaikan keluarga. Mereka (pendakwah) akan berkeliaran dan memberi perhatian kepada pesakit berkenaan dan pada masa sama mempengaruhi akidah pesakit itu," katanya selepas merasmikan Seminar Menangani Cabaran Kristianiti di Malaysia hari ini.

Turut hadir pada program anjuran Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Selangor, Datuk Dr. Sidek Baba.

Sebanyak tiga kertas kerja dibentangkan iaitu oleh Ketua Penolong Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan JAIS, Mohd. Shahzehan Ahmad; bekas pastor yang kini pendakwah bebas, Mohd. Farhan Abdullah dan pensyarah Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Khadijah Mohd. Khambali.

Hasan ketika ditanya mengenai perangkaan umat Islam yang telah dimurtadkan menerusi gerakan itu berkata, pihaknya tidak mempunyai maklumat tersebut buat masa ini.

Tambahnya, beliau juga masih belum mendapat jumlah sebenar pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Kristian yang terlibat dalam gerakan memurtadkan umat Islam di negeri ini.

Bagaimanapun kata beliau, berdasarkan maklumat yang diperolehi, gerakan memurtadkan umat Islam dilakukan oleh gerakan Kristian daripada aliran Evangelist.

"Saya ingat yang biasa disebut kepada saya adalah Evangelist," katanya.

No comments: