Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday, 21 October 2011

UMAT ISLAM NAK BERSATU - SEMUA SALAH UMNO..


‘UMNO tidak ada kena-mengena’
DARI UTUSAN MALAYSIA
21/10/2011



KUALA LUMPUR 20 Okt. – Keengganan Pas untuk menyertai Himpunan Sejuta Umat (Himpun) yang akan diadakan di Stadium Shah Alam pada 22 Oktober ini adalah bukti parti itu tidak bersungguh-sungguh ke arah penyatuan umat Islam di negara ini.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin berkata, Pas sebagai parti yang melaungkan perjuangan Islam sepatutnya tidak mempunyai alasan untuk mengecualikan diri dalam program-program bertujuan memartabatkan akidah umat Islam.

Keputusan untuk tidak terlibat di dalam Himpun katanya, jelas menunjukkan ‘perjuangan Islam’ Pas tidak lebih daripada kepentingan politik parti itu semata-mata.

“Persoalannya kenapa Pas tidak mahu hadir sedangkan mereka cukup gigih untuk sertai perhimpunan haram (Bersih) yang diketuai oleh seorang bukan Islam.

“Pas cari banyak alasan tak mahu pergi. Ini semua jelas adalah mainan politik mereka sahaja,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Sebaliknya, Zulkifli berkata, Pas seharusnya mengambil peluang itu untuk duduk semeja dengan wakil-wakil umat Islam di negara ini untuk membincangkan isu-isu yang berkaitan kepentingan bersama.

“Himpun adalah landasan terbaik untuk menunjukkan kesatuan umat Islam.

“Kalau serius kenapa Pas tidak duduk bincang dengan UMNO, bincang macam mana nak buat, apa salahnya bincang,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyangkal dakwaan yang mengatakan parti itu sebagai dalang penganjuran Himpun.

“UMNO tidak ada kena-mengena. Ini kerja pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Tuduhan itu adalah tidak benar dan langsung tidak berasas,” katanya.

Ujarnya, tuduhan itu tidak lebih daripada cubaan sesetengah pihak untuk mempolitikkan perhimpunan itu bahkan menuduh parti itu membangkitkan sentimen perkauman dan keagamaan di negara ini.

KOMEN : PAS KONONNYA MEMPERJUANGKAN ISLAM, NAMUN BEGITU FOBIA DENGAN PERKATAAN PERPADUAN ORANG MELAYU DAN PENYATUAN UMAT ISLAM... ADAKAH PAS MENGGUNAKAN KAEDAH ORANG BARAT IAITU PECAH DAN PERINTAH... ORANG KAFIR DIDAHULUKAN...? SUDAH-SUDAHLAH PAS, ASYIK NAK MEMPOLITIKAN SEMUA PERKARA...

No comments: