DARI UTUSAN MALAYSIA
5/10/2011
Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, pemilihan calon-calon yang turut merangkumi nama daripada pergerakan Wanita parti komponen Barisan Nasional (BN) itu kini berada di peringkat terakhir dan akan diserahkan kepada Najib secepat mungkin.
"Kita yakin senarai nama calon yang kita beri nanti adalah mereka yang mempunyai kriteria yang susah untuk ditolak pucuk pimpinan. Tetapi apa pun keputusan terletak kepada Presiden," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Wanita UMNO di sini hari ini.
Tanpa mendedahkan bilangan calon yang akan dipilih itu, Shahrizat berkata, Wanita UMNO dan sayap parti komponen yang lain mahu mencapai sasaran 30 peratus golongan itu dicalonkan untuk bertanding pada pilihan raya umum nanti.
Katanya, pencalonan golongan wanita itu nanti akan menjadi tanda penghargaan pucuk pimpinan kepada golongan itu dan menunjukkan bahawa peranan wanita tidak boleh diketepikan dalam apa juga bidang.
Beliau berkata, antara kriteria pemilihan calon yang diambil kira termasuklah kemampuan untuk menang, perjuangan dalam parti, kepimpinan dan penerimaan rakyat terhadap calon itu.
Mengenai persiapan pilihan raya umum, Shahrizat berkata, pergerakan itu kini sudah bersedia pada bila-bila masa bagi menggerakkan jenteranya sebaik sahaja Perdana Menteri mengumumkan tarikh pilihan raya umum.
Dalam perkembangan lain, Shahrizat menafikan pergerakan itu telah menghapuskan program Kumpulan 10 (K10) yang diwujudkan semasa Tan Sri Rafidah Aziz menjadi Ketua Wanita UMNO.
Rafidah dalam satu temuramah dengan media sebelum ini mempersoalkan tindakan Wanita UMNO yang dipimpin Shahrizat menghapuskan program itu.
Shahrizat berkata, pembaharuan itu dilakukan dengan mengambil kira sikap pengundi dan cara mereka menerima maklumat yang mungkin sudah berubah pada masa ini.
"Kita tidak pernah menghapuskan K10, sebaliknya melakukan penambahbaikan kepada program itu dengan pendekatan yang berlainan. Program itu masih ada tetapi kita tidak boleh ditakuk lama. Kena ada transformasi di dalam pergerakan," katanya.
KOMEN : SEMOGA YANG DIPILIH NANTI SANGGUP MENJADI YANG BERKHIDMAT (YB) UNTUK RAKYAT BUKAN NAK JADI YANG BERHORMAT (YB) AJE YANG SUKA DUDUK DI PARLIMEN ATAU DUN YANG BERHAWA DINGIN... JANGAN SESEKALI MENJADI LIABILITI KEPADA UMNO...
No comments:
Post a Comment