Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday, 17 October 2011

PAKAT-PAKATLAH KITA TUKAR...

MyKad baru lebih berkualiti tahun depan

DARI UTUSAN MALAYSIA
16/10/2011


HISHAMMUDDIN Tun Hussein menunjukkan replika MyKad beliau yang diserahkan oleh Jariah Mohd. Said pada Majlis Pelancaran Pengeluaran MyKad 1 Hari di Jabatan Pendaftaran Negara, Kluang, Johor, semalam.

KLUANG 15 Okt. - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan MyKad baharu yang dipertingkatkan tahap kualiti dan ciri-ciri keselamatan bermula Januari depan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, MyKad baru itu mampu menangani permasalahan yang sering dibangkitkan sebelum ini antaranya isu pemalsuan dan ketahanan serta kualitinya.

"MyKad dengan struktur baru ini lebih berkualiti dan menepati ciri-ciri keselamatan sesuai dengan peredaran waktu, keadaan dan cabaran pada masa depan.

"Inisiatif ini berhubung kait dengan agenda meningkatkan fungsi ciri-ciri keselamatan dokumen berkaitan pengenalan diri dan imigresen setelah mengambil kira aduan rakyat berhubung tahap kualiti MyKad yang diguna pakai sekarang," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Pengeluaran MyKad 1 Hari di Jabatan Pendaftaran Negara di sini hari ini.

Turut hadir isteri beliau, Datin Seri Tengku Marsilla Tengku Abdullah; Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Datin Jariah Mohd. Said; Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Belia dan Sukan negeri, Md. Jais Sarday dan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff.

Hishammuddin berkata, kelebihan MyKad baru itu adalah diperbuat daripada bahan 'polycarbonate' yang lebih tahan dan menggunakan teknologi turisan laser pada permukaan kad serta dilengkapi perlindungan antisalinan bagi mengelakkan pemalsuan.

Tambahnya, MyKad itu juga mengandungi cip yang telah diuji kualiti ketahanan di Institut Penyelidikan Industri dan Standard Malaysia (SIRIM) serta makmal-makmal semi konduktor yang diiktiraf.

Beliau memberitahu, buat masa ini pengguna MyKad sedia ada tidak diwajibkan menukar kepada MyKad baru tetapi boleh berbuat demikian dengan keutamaan diberikan kepada mereka yang pertama kali membuatnya.

Dalam pada itu, Hishammudin berkata, pelancaran Pengeluaran MyKad 1 Hari itu adalah susulan dan perluasan kepada program rintis Pengeluaran Gantian MyKad 1 Hari yang dilaksanakan di Ibu Pejabat JPN Melaka dan Ibu Pejabat JPN Kuching, Sarawak.

Menurut Hishammudin, inisiatif Pengeluaran MyKad 1 Hari itu akan diperluaskan ke negeri lain dengan kuasa diberi kepada Ketua Pengarah Pendaftaran Negara memilih pejabat JPN yang mempunyai kepimpinan dan kemampuan untuk melaksanakan program itu.

No comments: