Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday, 12 October 2011

Awas geng pecah cermin kereta samun mangsa


DARI UTUSAN MALAYSIA
12/10/2011


PETALING JAYA 11 Okt. - Orang ramai khususnya di daerah ini, diingatkan supaya berhati-hati dengan jenayah samun yang menggunakan modus operandi (MO) memecahkan cermin kenderaan sebelah penumpang ketika mangsa berhenti di persimpangan lampu isyarat.

Dalam kejadian semalam, sebanyak lima kes dilaporkan berlaku di Jalan Abu Bakar, Seksyen 16, Petaling Jaya dalam tempoh hanya sejam.

Jenayah berkenaan dipercayai dilakukan oleh individu sama antara pukul 7.30 pagi dan 8.30 pagi ketika orang ramai dalam perjalanan ke tempat kerja.

Kejadian samun itu mengakibatkan kerugian dianggarkan RM20,000, melibatkan kehilangan wang tunai, telefon bimbit, komputer riba, kad kredit dan kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM).

Menurut sumber, dalam kejadian pertama pada pukul 7.30 pagi, seorang wanita berusia 50 tahun yang berhenti di persimpangan lampu isyarat di jalan itu, didatangi dua lelaki menaiki sebuah motosikal.

Katanya, salah seorang lelaki terbabit kemudian memecahkan cermin kenderaan sebelah kiri menggunakan sebatang kayu sebelum merampas beg tangan dan beg kerja yang diletakkan di tempat duduk pemandu.

"Selang beberapa minit, satu lagi kejadian sama berlaku ke atas seorang wanita yang juga berusia 50 tahun di persimpangan lampu isyarat tersebut.

"Mangsa didatangi dua lelaki yang bertindak memecahkan cermin kenderaannya menggunakan pengunci stereng serta merampas beg tangan wanita itu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambah sumber itu lagi, selang 20 minit kemudian, seorang lagi mangsa berusia 50 tahun menerima nasib malang apabila dua lelaki dengan menggunakan MO sama berjaya melarikan beg tangan miliknya.

Katanya, sejam kemudian, suspek menyamun lagi seorang lelaki berusia 57 tahun di persimpangan yang sama.

Tambahnya, percubaan terakhir suspek untuk memecahkan kenderaan seorang wanita berusia 40 tahun bagaimanapun gagal apabila cermin itu hanya retak.

"Mangsa terakhir yang terkejut dengan kejadian itu segera melarikan diri," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi hari ini mengesahkan kejadian tersebut.

Beliau berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

KOMEN : KEPADA PEMANDU WANITA BERHATI-HATI DAN KALAU BOLEH SOROK BEG TANGAN DAN LETAKAN DITEMPAT YANG SELAMAT SEMASA MEMANDU... MOMMY (ORANG RUMAH) PUN KENA BERWASPADA OK.. PENYAMUN BERADA DIMANA-MANA...

No comments: