Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday 12 October 2011

'Membudayakan Integriti Masyarakat Malaysia'


Integriti politik di mata pelajar IPT
Oleh NURUL ANUAR KARI
anuar.kari@utusan.com.my


SEKTOR politik dikenal pasti sebagai salah satu sektor berperanan penting dalam usaha pembudayaan integriti di kalangan anggota masyarakat di negara ini.

Ini kerana setiap pertuturan dan tindakan ahli-ahli politik sering menjadi perhatian seterusnya meninggalkan pengaruh besar terhadap masyarakat dan negara.

Untuk itu, sesuai dengan slogan 'Membudayakan Integriti Masyarakat Malaysia', Institut Integriti Malaysia (IIM) akan menganjurkan Pertandingan Menulis Esei Integriti Politik Peringkat Institusi Pengajian Tinggi.

IIM yang ditubuhkan kerajaan sebagai agensi penyelaras dan pemantau pelaksanaan Pelan Integriti Nasional (PIN), akan membuka penyertaan pertandingan ini kepada para pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta serta institut perguruan.

Pengarah Sektor Politik IIM, Mohd. Ismail Abd. Jalil berharap pertandingan menulis esei ini akan mempromosikan budaya berintegriti dan pengamalan nilai-nilai murni dalam sistem politik negara.

"Ia juga secara tidak langsung akan menggalakkan kajian, penyelidikan dan perbincangan dalam kalangan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) mahasiswa dan mahasiswi khususnya dan masyarakat amnya tentang kepentingan integriti dalam kehidupan.

"Di samping itu juga, pertandingan ini akan memberi peluang kepada para mahasiswa untuk mengasah bakat mereka dalam penulisan kreatif dan deskriptif," katanya.

Beliau menjelaskan, penyertaan dibuka kepada semua pelajar terutamanya warga pemimpin MPP bagi mencari 10 esei terbaik bersesuaian dengan tema integriti politik.

"Kita menjangkakan antara 600 hingga 800 penyertaan sepanjang tarikh pertandingan mulai 15 Oktober ini dan berakhir 1 Disember 2011.

"Panel lima orang hakim akan menilai 10 esei terbaik untuk melihat idea pelajar terutamanya pemimpin pelajar dalam perwakilan MPP tentang integriti politik," katanya.

Tambah Mohd. Ismail, setiap penyertaan akan disaring terlebih dahulu oleh pihak urus setia pertandingan dengan memberi fokus kepada pematuhan setiap esei terhadap syarat-syarat pertandingan.

"Penghakiman di peringkat akhir pula akan memberi fokus kepada penerangan terhadap isi dan contoh-contoh yang diberikan, bahasa, nahu, gaya dan teknik penulisan serta kesantunan berbahasa.

"Lima panel hakim di peringkat akhir akan terdiri daripada warga IIM, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan seorang wakil media massa tempatan," jelasnya.

Sebagai tarikan tambahan, beliau memaklumkan tiga hadiah utama telah disediakan dengan tujuh lagi hadiah saguhati untuk 10 esei terbaik, di samping penulisan berkenaan mungkin diterbitkan melalui akhbar atau medium lain yang akan ditentukan IIM kelak.

"Kesemua 10 esei terbaik akan menerima sijil berbingkai dan buku terbitan IIM berserta hadiah wang tunai.

"Pemenang utama akan menerima RM2,500, kedua RM1,500, ketiga RM1,000 dan RM500 untuk setiap tujuh pemenang saguhati. Tempat pertama hingga ketiga juga akan menerima sebuah piala," ujarnya.

Tegas Mohd. Ismail, agenda integriti negara yang dikoordinasikan oleh IIM merupakan agenda penting dalam usaha kerajaan untuk mencapai matlamatnya seperti yang digariskan dalam Wawasan 2020.

"Pelbagai usaha telah dilakukan sama ada secara sendiri mahupun secara kerjasama pintar dengan pelbagai agensi dan institusi awam mahupun swasta untuk menjayakan agenda ini.

"Dalam menyebar luas mesej integriti kepada seluruh masyarakat Malaysia, pelbagai pendekatan telah digunakan dan pertandingan ini merupakan salah satu usaha IIM untuk mendidik masyarakat tentang integriti dan fokus kepada agenda integriti politik negara," ujarnya.

Beliau berpendapat, penulisan berkualiti dalam pertandingan ini hasil kajian dan penyelidikan penulis tentang integriti politik, secara tidak langsung dapat mendidik masyarakat untuk mengangkat pemimpin-pemimpin yang berintegriti tinggi sebagai pemimpin negara kelak.

Menurutnya lagi, pertandingan ini diharap akan dapat membuahkan hasil seperti yang dirancang dan akan meningkatkan lagi penulisan-penulisan berkaitan integriti politik dalam negara.

"Ini secara langsung akan mendidik masyarakat tentang peranan dan tanggungjawab yang mereka perlu mainkan dalam memantapkan integriti politik negara.

"Semoga program ini dapat memberi kesedaran, pemahaman dan seterusnya pengalaman integriti di kalangan masyarakat Malaysia," tegasnya.

KOMEN : KEPADA PARA MAHASISWA UiTM SELURUH MALAYSIA, CABARAN MENANTI ANDA. TUNJUKAN KEBOLEHAN ANDA SEBAGAI PELAPIS PEMIMPIN NEGARA MASA HADAPAN...

1 comment:

Anonymous said...

SLM BRO..YG BESTUNYA BROO..PM NK NAIKKAN ELAUN TP PEMBANGKANG JUAL MAHAL. KITA TAU LE ANUWAR DAH KAYE RAYE..STAKAT ELAUN SBG ADUN PD DIA ALA CIPUT TAIK GIGI JEK..DIA BLEY DPT LBEY DR TU. ITU LE INTEGRITI PUAK KAKI BANGKANG YANG BANGANG! KEHKEHKEH