Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 10 October 2011

BERAPA KALI MAHU KASI INGAT?

Elak cipta masalah – Najib
Najib Tun Razak berucap pada Majlis Penerangan Perdana Peringkat Wilayah Persekutuan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam, yang dihadiri kira-kira 8,000 penyokong Barisan Nasional (BN). – uTUSAN/DJOHAN SHAHRIN SHAH

KUALA LUMPUR 9 Okt. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengingatkan semua ahli Barisan Nasional (BN) supaya tidak mencipta masalah yang boleh memberi kesan kepada kekuatan parti.

Kata beliau, kesepakatan dan perpaduan dalam parti sangat penting ketika gendang Pilihan Raya Umum Ke-13 semakin hampir kedengaran.

“Untuk memastikan kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-13, semua ahli BN perlu turun ke gelanggang dengan semangat untuk menang.

“Maka, untuk menjamin kita boleh menang, kita perlu membuat persiapan secara menyeluruh dalam memastikan tahap kesiapsiagaan yang menentukan sama ada kita sudah bersedia atau tidak,” katanya ketika berucap pada Majlis Penerangan Perdana Peringkat Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Najib menambah, kesiapsiagaan yang dimaksudkan beliau termasuk mengelak perbalahan sesama sendiri, tidak mewujudkan puak dalam parti serta cantas-mencantas kerana perasaan tidak puas hati.

Beliau turut menekankan pentingnya setiap parti komponen BN untuk bersepakat dalam pembahagian kerusi dan tidak bermain tarik tali mengenainya.

Dalam masa sama, Najib berpesan kepada semua parti komponen BN supaya tidak memilih dalam menabur bakti dan jasa kepada rakyat meskipun mereka jelas tidak memberi sokongan kepada kerajaan.

“Jangan kita sombong dan angkuh kepada rakyat dan jangan sesekali menabur janji kosong, sebaliknya tunaikan apa yang telah kita janjikan,” katanya.

Di hadapan kira-kira 8,000 penyokong BN pada majlis itu, Najib turut menekankan bahawa adalah sesuatu yang mustahak untuk BN memenangi semula Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur memandangkan ia merupakan ibu kota negara.

Ini kerana katanya, beliau tidak mahu BN dikenali sebagai parti kampung yang hanya golongan luar bandar seperti petani dan nelayan menyokong parti itu.

“Sebaliknya, kita perlu membuktikan bahawa semua kumpulan masyarakat termasuk golongan pertengahan serta profesional di bandar-bandar besar terutama Kuala Lumpur turut menyokong BN,” katanya.

Di akhir ucapannya, Najib mengingatkan BN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk bersedia mengakui kelemahan dan memperbaikinya.

Beliau menggesa supaya BN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur khususnya serta seluruh jentera BN amnya untuk bekerja lebih keras iaitu seboleh-bolehnya tujuh hari seminggu memandangkan gema pilihan raya semakin jelas.

KOMEN : SELALU SANGAT NAK DIINGATKAN PUN LAMA-LAMA BORING JUGA... SENANG CERITALAH KALAU NAK KALAH PRU BUATLAH PERANGAI BUSUK KAU ORANG... MEMANG RAKYAT MENELITI SEGALA TINDAK TANDUK PEMIMPIN UMNO NI...

No comments: