Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday, 14 October 2011

RAKAN BLOGGER DALAM UTUSAN MALAYSIA



Tindakan JAIS dan titah Sultan Selangor
Kelolaan LUKMAN ISMAIL
lukman@utusan.com.my
14/10/2011

MINGGU ini agak panas dengan isu-isu berkaitan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bermula dengan titah Sultan Selangor yang menyokong tindakan jabatan itu memeriksa sebuah gereja pada Ogos lalu yang kemudiannya diikuti oleh penangkapan selebriti Bob Lokman kerana menyampaikan tazkirah agama tanpa tauliah di sebuah surau di negeri itu.

Blog Empayar Pemuda (empayar-pemuda.blogspot.com) berkata, campur tangan Sultan Selangor berhubung tindakan JAIS memeriksa sebuah gereja di Damansara Utama itu selepas mendapat laporan adanya kegiatan memesongkan agama dan akidah umat Islam adalah mengikuti Perlembagaan negara di mana sultan adalah ketua agama Islam bagi negeri-negeri beraja.

Katanya, tindakan Prof. Dr. Abdul Aziz Bari yang mempersoalkan titah Sultan Selangor berhubung hal itu seolah-olah mempertikai kuasa raja-raja Melayu dan mencabar sistem kesultanan di negeri itu.

"Nampaknya kritikan dan tohmahan yang dibuat menunjukkan sikap kurang ajar terhadap institusi raja-raja Melayu. Hari ini Aziz Bari telah mengeluarkan kenyataan mempertahankan tindakannya dengan mengatakan tidak salah untuk mengkritik raja-raja. Kenyataannya itu juga seolah-olah dilihat seperti memberi galakan kepada rakyat untuk mengkritik raja-raja secara terbuka selepas ini," katanya.

Blog MyKMU (www.mykmu.net) pula berkata, setiap orang boleh memberi pandangan berhubung titah baginda kerana mereka mempunyai hak untuk bercakap tetapi sebagai ketua agama bagi negeri Selangor, baginda juga mempunyai tanggungjawab berhubung isu-isu berkaitan Islam di negeri itu.

"Tapi penulis lihat banyak pihak cuba mengalih tumpuan (dan sanggup menerima risiko tindakan undang-undang) apabila mempertikaikan titah sultan berhubung perkara di atas. Persoalannya kenapa pihak-pihak ini sanggup menerima risiko besar dengan menolak penemuan yang dibuat (wujudnya cubaan memurtadkan orang Islam) sebaliknya memilih untuk berkonfrantasi dengan sultan yang memerintah menggunakan medium politik?

"Memang titah yang dikeluarkan baginda mempunyai persoalan undang-undang tetapi jangan lupa, cubaan memurtadkan orang Islam itu lebih besar persoalan undang-undangnya walaupun tidak cukup bukti untuk dibawa ke mahkamah. Kenapa tidak bahas dan lihat permasalahan itu (cubaan murtad) dari segi undang-undang, kenapa pilih titah?" katanya.

Katanya, jelas sekali mereka yang mempertikai titah Sultan Selangor itu sengaja dilakukan bagi menutup isu yang lebih besar iaitu cubaan memurtadkan orang Islam kerana ia bertentangan dengan tindakan kerajaan Selangor di bawah pakatan pembangkang yang awal-awal lagi menyatakan sokongan terhadap pihak gereja.

Blog Darul Ehsan Today (darulehsantoday.blogspot.com) pula menyelar seorang lagi penulis yang menggelar dirinya "Ameno World" di dalam laman sosial Facebook kerana secara terang-terangan menghina dan memperlekeh titah Sultan Selangor berhubung tindakan JAIS terhadap gereja berkenaan.

"Ini bukan kali pertama Sultan Selangor dihina oleh blogger propakatan haram. Dulu semasa pilihan raya kecil Kerdau, seorang blogger pakatan yang telah kehabisan modal untuk berkempen telah menghina Sultan Selangor. Malangnya dia dibebaskan oleh pihak SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) kerana tak tahu macam mana nak siasat dia. Blogger itu kini berada di Singapura setelah dibawa keluar seorang wakil rakyat pembangkang," katanya.

Khairul Rizal Osman (khairulryezal.blogspot.com) juga menyentuh mengenai Ameno World yang menganggap penulis tersebut kurang ajar kerana berani menghina dan memburukkan Sultan Selangor dengan menyindir baginda berhubung pemeriksaan JAIS terhadap gereja yang didakwa menjalankan aktiviti memurtadkan orang Islam.

"Pelaksanaan undang-undang negara (kini) semakin hari semakin menipis, senipis kulit bawang. Semua pihak bebas menghina dan mengkritik tuanku sultan, yang menjadi teras raja berperlembagaan, di dalam negara Malaysia yang berdaulat," katanya.

Menyentuh mengenai penahanan Bob Lokman, Jas Salleh (semaremas.blogspot.com) berkata, pelawak dan pelakon itu sepatutnya dapat membezakan antara tugas berdakwah dan kegiatan politik kerana bagi pandangan beliau, Bob ibarat masuk ke mulut buaya yang akhirnya membawa padah kepada dirinya sendiri.

"Samalah halnya puak-puak antiinstitusi Raja-raja Melayu. Pantang mana-mana sultan Melayu bertitah di atas kapasiti ketua agama Islam negeri pasti dibangkang dan dibantah sesuka hati. Kewarasan pembantahan pula tidak masuk akal. Sengaja di buat-buat. Sekadar atas maksud membangkang sahaja.

"Pas Pusat pula mengambil jalan berdiam diri sahaja. Hanya Datuk Hasan Ali (Exco Kerajaan Negeri Selangor) sahaja yang beria-ia mahu bekerjasama dengan JAIS dan Sultan Selangor. Pas telah gagal melaksanakan apa yang mereka tuturkan selama ini. Begitu juga pemimpin dan ahli Melayu di dalam PKR. Mereka lebih pentingkan politk daripada agama Islam," katanya.

KOMEN : TAHNIAH BRO... LANYAK JANGAN TAK LANYAK...

No comments: