Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday, 10 October 2011

KEJOHANAN EURO 2012

England layak tapi hilang Rooney
DARI UTUSAN MALAYSIA
9/10/2011




Wayne Rooney (kanan) dan rakan sepasukan, Gareth Barry (kiri) mengasak pemain Montenegro, Mirko Vucinic dalam saingan Kumpulan G kelayakan Euro 2012 di Podgorica, semalam. Kedua-dua pasukan seri 2-2. - AFP

LONDON- England mengesahkan tempat ke Kejohanan Eropah 2012 meskipun Wayne Rooney dibuang padang sewaktu mencatat keputusan seri 2-2 di Montenegro, sementara Croatia gagal layak ke pusingan akhir setelah tumpas 0-2 kepada Greece pada perlawanan pusingan kelayakan, semalam.

Hanya memerlukan keputusan seri untuk muncul pendahulu Kumpulan G, England mendahului 2-1 menerusi jaringan Ashley Young dan Darren Bent sebelum Rooney dilayangkan kad merah pada minit ke-74 kerana menendang pertahanan lawan, Miodrag Dzudovic.

Gol penyamaan tuan rumah disempurnakan Andrija Delibasic pada lewat permainan bagi membolehkan Montenegro meraih tempat ke perlawanan playoff, sementara England muncul pasukan kelima layak ke pusingan akhir, selepas juara bertahan, Sepanyol, Itali, Jerman dan Belanda.

Ukraine dan Poland pula tidak perlu melayakkan diri selaku tuan rumah.

"Dia telah melakukan kesilapan bodoh apabila menendang pemain lawan... Saya benar-benar tidak gembira. Kami akan mencari penyelesaian terbaik untuk beraksi tanpanya (pada perlawanan pembukaan Euro 2012). Kami akan cuba melakukan sesuatu menerusi perlawanan persahabatan," kata jurulatih England, Fabio Capello mengenai Rooney yang perlu mengawal sikap panas barannya itu.

Kapten, John Terry dan Capello, kelihatan bimbang dengan pencapaian England setelah bolos pada hujung perlawanan.

"Kami membiarkan mereka bangkit kembali dan malangnya mereka berjaya mendapatkan jaringan pada hujung permainan tetapi kami telah pun layak," kata Terry.

Greece, juara Eropah 2004, mengutip kelebihan dua mata ke atas Croatia untuk berada di kedudukan teratas Kumpulan F setelah mencatat kemenangan di Athens dalam perlawanan yang terpaksa ditangguhkan selama enam minit selepas kekecohan tercetus di kalangan penyokong pada awal permainan.

"Saya tahu yang saya boleh mencipta peluang... Kami berjaya bertahan dengan baik ketika Croatia melakukan serangan balas," kata jurulatih Greece, Fernando Santos.

Rusia pula melakar kemenangan 1-0 di Slovakia dan ini bermakna mereka sekadar memerlukan keputusan seri pada perlawanan terakhir menentang Andorra yang masih gagal mengutip mata dalam sembilan perlawanan - untuk muncul pemenang Kumpulan B.

"Saya mengucapkan tahniah kepada pemain-pemain saya. Kami berhak menang," kata jurulatih Rusia, Dick Advocaat.

Dalam perlawanan lain Kumpulan B, Ireland melakar kemenangan 2-0 di Andorra dan keputusan menentang Armenia di Dublin, Rabu ini bakal memutuskan sama ada mereka layak untuk beraksi pada perlawanan playoff dan berharap Rusia mengalahkan Andorra.

Ireland hanya memerlukan keputusan seri untuk meraih tempat kedua Kumpulan B.

Perancis dan Bosnia-Herzegovina pula akan bertemu Rabu ini di Paris bagi menentukan juara Kumpulan D.

Perancis yang tidak pernah gagal ke pertandingan utama sejak tersingkir untuk ke Piala Dunia 1994, menewaskan Albania 3-0. - AGENSI

No comments: