Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday, 17 October 2011

Vettel tambah koleksi juara Red Bull

DARI KOSMO ONLINE 17/10/2011


VETTEL (kanan) dan ketua pasukan Red Bull, Christian Horner menjulang trofi selepas kejayaan mereka pada perlumbaan GP Korea Selatan di Litar Yeongam semalam.

YEONGAM, Korea Selatan - Pasukan Red Bull meraih kejuaraan berganda dalam saingan perlumbaan Formula Satu (F1) musim ini.

Selepas Sebastian Vettel mencipta sejarah memenangi gelaran juara dunia buat kali kedua berturut-turut di GP Jepun minggu lalu, Red Bull membuktikan dominasi mereka dalam saingan musim ini dengan kejayaan dalam kategori pengeluar pula.

Kejayaan itu hadir selepas Vettel bergelar juara pada saingan Grand Prix (GP) Korea Selatan semalam.

Meskipun saingan masih berbaki tiga perlumbaan namun kejuaraan yang dilakarkan Vettel di Litar Antarabangsa Yeongnam itu sudah cukup untuk membolehkan Red Bull tersenyum lebar dengan kejuaraan kedua mereka dalam kategori pengeluar.

Memulakan perlumbaan di petak kedua, Vettel memandukan statusnya selaku juara dunia apabila berjaya memintas pendahulu, Lewis Hamilton dari McLaren sejak selekoh pertama lagi.

Situasi tersebut sekaligus membolehkan Vettel mendominasi perlumbaan sebanyak 55 pusingan itu sebelum menamatkan saingan dengan catatan 1 jam 38 minit 01.994 saat, 12 saat meninggalkan Hamilton di tempat kedua.

"Ia merupakan hari (semalam) yang hebat buat pasukan ini (Red Bull) apabila berjaya bergelar juara dunia dalam kategori pengeluar.

"Kami mempunyai ramai krew yang bekerja di litar sementara yang bekerja di kilang pula sentiasa bekerja keras untuk menghasilkan dua buah jentera yang kompetitif untuk perlumbaan F1," kata Vettel.

Rakan sepasukan Vettel, Mark Webber menamatkan perlumbaan di tempat ketiga diikuti pemandu McLaren, Jenson Button dan Fernando Alonso dari Ferrari di tempat kelima. - AP

No comments: