Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 4 October 2011

HUDUD - Cakap tidak serupa bikin

ANUAR SAHUDIN
Klang, Selangor
DARI UTUSAN MALAYSIA 4/10/2011



SUNGGUH pelik, jika kenyataan macam ini (di bawah) dibuat oleh pimpinan UMNO, cepat sungguh mereka akan dikafirkan.

Sedangkan kenyataan Perdana Menteri (PM) dan Timbalan Perdana Menteri (TPM) jelas, mereka mengakui hudud (dan lain-lain) adalah hukum Allah, cuma belum boleh dilaksanakan kerana realitinya UMNO berkongsi kuasa dengan parti bukan Islam seperti MCA, Gerakan, MIC dan lain-lain di negeri-negeri yang diperintah UMNO.

Jadi apa beza kenyataan PM dan TPM dengan kenyataan Datuk Seri Azizan Abdul Razak (MB Kedah) dan lain-lain? Lebih teruk kenyataan Menteri Besar Selangor yang tolak terus, tetapi kaum Anwarinas tidak pula mengkafirkan mereka!

Ikuti petikan ini:

Datuk Seri Azizan Abdul Razak (MB Kedah):

''Kerajaan Pas Kedah tidak akan laksanakan hudud buat masa ini kerana Pas berkongsi kuasa dengan DAP dan PKR. Inilah realiti politik hari ini di Kedah. Jangan samakan Kedah dengan Kelantan. Kerajaan Pas Kedah akan berunding dengan rakan Pakatan dahulu.''

Tan Sri Khalid Ibrahim (MB Selangor):

''Kerajaan PKR Selangor tidak akan melaksanakan hudud.''

Abdul Wahid Endut (Pesuruhjaya Pas Terengganu):

''Cadangan pelaksanaan hudud oleh Kerajaan Kelantan adalah selaras dengan Islam, dan itulah perjuangan Pas sejak ditubuhkan.''

Salahuddin Ayob (Naib Presiden Pas):

''Isu pelaksanaan hudud hanya akan dibincangkan semula jika pakatan pembangkang mengambil alih Putrajaya! Tidak guna bercakap mengenai hudud sekarang. Lebih baik fokus kepada pilihan raya umum!''

Khalid Abdul Samad (Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor):

Pas tidak akan melaksanakan hudud tanpa persetujuan DAP dan PKR.''

Dzulkifly Ahmad (AJK Pas Pusat):

''Pakatan akan hancur jika terperangkap dengan isu hudud yang tidak penting buat masa ini! Lebih baik fokus kepada strategi memenangi pilihan raya.''

Datuk Seri Najib Tun Razak:

''Kita akui hudud adalah hukum yang datang daripada Allah, tetapi pelaksanaannya perlu dilihat kepada keadaan semasa dan realiti masa kini.''

Tan Sri Muhyiddin Yassin:

''Perlaksanaan hukum hudud tidak boleh dilaksanakan di dalam masa terdekat ini, mungkin akan mengambil masa.''

Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin (Bekas Mufti Perlis):

''Hukum hudud adalah satu kewajipan, tetapi pelaksanaannya mestilah bergantung kepada suasana yang kondusif. Nabi saw sendiri pernah memerintahkan hudud tidak dilaksanakan, contohnya semasa perang.''

KOMEN : BILA KENA KAT MEREKA SEMUANYA HALAL. YANG HARAM PUN HALAL... BILA ORANG LAIN TERUS DIKAFIRKANNYA... LEPAS NI ADA YANG KATA WARTAWAN DAH PUSING MEREKA PUNYA KENYATAAN... AKHBAR JUGA YANG SALAH.. LAGI DAHSYAT UMNO JUGA YANG SALAH... PUAK PEMBANGKANG CAKAP TAK SERUPA BIKIN...

2 comments:

Anonymous said...

aku heran...cam ne hamPAS nak laksanakan hudud di negara ini selagi bersekongkol dgn PKR dan DAPig..walaupun depa menang pilihanraya dan takluki putrajaya...masih gak berkongsi kuasa....alasan sama akan timbul...ambo tok leh buat...sebab sain2 kato jange...buke ambo tok se...
dasar selipar jepun...

AJAI62 said...

Assalam Bro

Kalau dah bertanding pun main pilih2 kerusi macamana nak perintah tanpa perlukan bangkangan DAP... Kalau nak laksanakan juga PAS kena bertanding semua kerusi Parlimen dan menang, baru DAP tak boleh cakap apa...