Anwar gagal jadi PM bukan sebab dianiaya
DARI UTUSAN MALAYSIA
KUALA LUMPUR 3 Okt. - Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman berpendapat kegagalan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sehingga kini bukan disebabkan penganiayaan, sebaliknya kerana tiada keredaan Allah.
Katanya, walaupun ketua pembangkang itu berusaha bersungguh-sungguh dan pernah satu ketika terlalu hampir untuk memegang tampuk pemerintahan negara, tetapi Allah tetap tidak mengizinkan hajat Anwar menjadi kenyataan.
"Kenapa? Kerana tidak berkat... perjuangan Permatang Pauh (Anwar) tidak berkat walaupun dia telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi Perdana Menteri. Kenapa tidak berkat? Sebab hati dia tak betul, perjuangan Permatang Pauh tak betul.
"Sebab itu, jangan suka menyalahkan pihak lain. Jangan nak salahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan sebagainya. Kalah menang dalam pilihan raya ini kuasa Tuhan. Allah yang menentukan segalanya, jangan kita terlalu yakin sangat," katanya.
Beliau berkata demikian ketika mencelah semasa perbahasan bagi membahas usul Penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.
Terdahulu, Anwar semasa membahaskan usul yang sama telah melemparkan pelbagai tuduhan kepada SPR dan menganggap suruhanjaya itu sebagai gagal menyediakan sebuah platform pilihan raya yang bersih dan adil, terutamanya kepada pembangkang.
Dalam pada itu, Tajuddin berkata, tuduhan pembangkang kononnya SPR bersekongkol dengan Barisan Nasional (BN) bagi menyenaraikan pendatang asing sebagai pengundi baru dalam senarai daftar pemilih adalah syak wasangka yang tidak berasas.
"Semua tuduhan ini tak berasas. Ini semua perangai syak wasangka kerana dalam hati mereka takut. Jangan kita ingat kalau boleh ubah daftar pemilih kita menang dalam pilihan raya. Allah sahaja yang boleh menentukan siapa dan parti mana akan menang," jelasnya.
Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) ketika membahaskan usul yang sama turut menempelak pembangkang yang tidak habis-habis menuduh SPR tidak menjalankan proses pilihan raya yang telus dan adil.
"Lihat sahaja Pilihan Raya Umum 2008, Kedah dia (pembangkang) menang, Kelantan dia (pembangkang) lagi menang, Perak dia pernah menang dan Selangor dia sapu. Tidak adil lagikah?" soalnya.

KOMEN : PEDIH NAMUN ITULAH REALITINYA...
No comments:
Post a Comment