Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday, 3 October 2011

‘Bandar beracun’ ancam penduduk


DARI UTUSAN MALAYSIA 3/10/2011




Peningkatan bilangan kenderaan bermotor di Kuala Lumpur turut menjejaskan kualiti udara di bandar-bandar sekitarnya. – GAMBAR HIASAN

BANGI 2 Okt. – Penduduk di kawasan bandar di Malaysia kini berhadapan dengan ancaman pencemaran udara akibat pengeluaran asap kenderaan berlebihan yang menukarkan bandar selamat yang dihuni selama ini sebagai ‘bandar beracun’.

Bandar-bandar yang dikesan mengalami fenomena ini ialah Shah Alam, Selangor; Putrajaya; Nilai, Negeri Sembilan dan Tanjung Malim, Perak.

Bandar-bandar lain yang kini dikatakan berada di peringkat membimbangkan ialah Seberang Perai, Pulau Pinang; Kemaman, Terengganu dan Johor Bahru, Johor.

Sama ada ia dianggap keterlaluan, mencemaskan atau menakutkan, namun itulah realitinya.

Faktanya, kajian sekumpulan pakar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendapati, gas ozon permukaan di Lembah Klang mencatat 160 bahagian per bilion (ppb) berbanding 100 ppb seperti disarankan.

Gas atau bahan kimia tersebut terhasil akibat kandungan udara dipenuhi nitrogen dioksida (NO2) bertindak balas dengan cahaya matahari.

Lebih menakutkan, kajian perubatan menunjukkan pernafasan secara berterusan selama beberapa jam dalam kualiti udara sedemikian boleh mengganggu sistem pernafasan serta menghalang proses fotosintesis daripada berlaku.

Menurut Ketua Program Sains Sekitaran UKM, Prof. Madya Dr. Mohd. Talib Latif, gas ozon permukaan yang dicatatkan di Lembah Klang seringkali melebihi kadar disarankan Jabatan Alam Sekitar bermula dari pukul 11 pagi hingga 8 malam.

“Berdasarkan graf, ia bermula pukul 11 pagi dengan kadar bacaan 120 ppb. Bacaan tertinggi 160 ppb dicatatkan antara pukul 1 hingga 3 petang hinggalah kembali menurun kepada kadar normal pada pukul 8 malam.

“Ini disebabkan jumlah kenderaan berganda di Lembah Klang dan asapnya memenuhi udara ketika itu.

“Udara yang mengandungi bahan kimia beracun itu kemudiannya akan ditiup angin serta terkumpul di sekitar Lembah Klang seperti Shah Alam, Putrajaya, Nilai dan Tanjung Malim,” katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Menurut beliau, walaupun fenomena tersebut turut dihadapi oleh negara-negara maju, namun kebanyakan negara tersebut mempunyai iklim empat musim menyebabkan ia hanya berdepan masalah tersebut pada musim panas sahaja.

“Sebaliknya, di Malaysia masalah ini akan berlaku sepanjang tahun dan tidak seperti negara-negara yang mempunyai empat musim.

“Oleh itu, kerajaan perlu mengatur strategi yang berkesan untuk mengurangkan masalah gas ozon permukaan yang berpunca daripada kenderaan bermotor,” katanya.

Strategi tersebut katanya, termasuk menaiktaraf sistem pengangkutan awam di seluruh negara selain meningkatkan kualiti bahan bakar yang digunakan oleh setiap kenderaan.

Tegas Mohd. Talib, sekiranya tiada tindakan awal diambil, pencemaran baru seperti gas ozon permukaan itu akan merebak ke seluruh negara.

KOMEN : BILA RAKYAT SEMAKIN MAMPU UNTUK MEMILIKI KENDERAAN SENDIRI.. KISAH SISTEM PENGANGKUTAN AWAM DI MALAYSIA NI MACAM KISAH HIKAYAT 1001 MALAM YANG PENUH DENGAN CERITA DONGENG.. REALITINYA KERAJAAN GAGAL MEREALISASIKANNYA WALAUPUN BERJUTA RINGGIT TELAH DIPERUNTUKAN...

No comments: