Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday, 6 October 2011

RUMAH TAMPAL DI KUALA LUMPUR


Rumah tampal sarang penagih wanita

Sebahagian penghuni tetap 'rumah tampal'.

IBU kota Kuala Lumpur berdiri megah dengan bangunan-bangunan pencakar langit sebagai bukti pembangunan yang begitu pesat.

Kenderaannya pula bertali arus dengan urusan perniagaan yang sentiasa sibuk.

Tapi pernahkah anda melalui kawasan di sekitar Kampung Periuk (berhampiran Jalan Dewan Sultan Sulaiman), Jalan Tuanku Abdul Rahman?

Bagi yang pernah lalu-lalang di situ pastinya terpandang pada sebuah rumah usang di bawah bukit yang sedikit terlindung daripada pandangan mata.

Popular dengan panggilan 'rumah tampal' oleh masyarakat gelandangan ibu kota, pondok buruk itu sebenarnya menjadi sarang kepada penagih yang setiap hari melepak di situ bersama rakan-rakan untuk bersantai sambil menghisap najis dadah.

Terletak di tepi pinggiran Kampung Periuk, tidak ramai yang tahu apa sebenarnya yang berlaku dalam rumah tampal itu. Kalau ada yang tahu pun mungkin mereka hanya buat tidak kisah sahaja.

Rumah tersebut diperbuat daripada papan lama disambungkan antara satu sama lain atas tanah rizab sebuah agensi kerajaan.

Apabila penghuninya semakin bertambah mereka memperbesarkan rumah berkenaan umpama pangsapuri, berbilik-bilik.

Sekali imbas rumah berkenaan dibina seperti rumah rakit, bertangga, dengan kepingan papan yang perlu dititi sekiranya mahu ke bilik lain.

Bagi yang pertama kali melangkah ke situ akan merasakan persekitaran di situ seumpama rumah setinggan di kota Jakarta.

Kedudukannya agak menghadap ke bawah tebing dan jika hendak menuruni tangga, penghuninya sudah tentu perlu berhati-hati kerana keadaan tangga yang agak usang dan semakin mereput.

Di tepi rumah pula diletakkan satu tong besar khas untuk penghuninya mandi dan melepaskan hajat besar.

Di kiri dan kanan lorong diletakkan barang-barang lama, baju-baju buruk dan sebagainya yang menjadikan keadaan di situ tidak terjaga dan kotor.

Keadaan tempat yang malap dan suram serta lembap menjadikan kawasan itu amat tidak sesuai untuk didiami.

Tapi apa yang nak dikisahkan, asalkan ada tempat berlindung, bagi penghuninya itu semua sudah memadai.

Malah bagi rumah tampal itu ibarat sebuah hotel lima bintang dan syurga untuk mereka melampiaskan kemaruk dadah.

Sebahagian penghuninya yang terdiri daripada golongan wanita, menjadikannya sebagai markas untuk mereka dan rakan-rakan melepak pada siang hari sambil menghisap dadah dan merokok.

Pada waktu malam mereka akan melakukan kerja-kerja seperti melacur. Mereka akan keluar pada waktu petang atau senja dan balik pada awal pagi. Kemudiannya pada siang hari, mereka jarang keluar. Masa dihabiskan dengan tidur dan melayan perasaan.

Selain itu bilik-bilik itu juga didatangi rakan-rakan yang dikenali untuk melepas gian, semuanya dijemput kerana kawasan itu 'infrastrukturnya' percuma.

Selain penagih wanita, kelihatan penagih lelaki turut sama tidur di ruang berukuran 16 kaki persegi di setiap bilik di situ.

KOMEN : TERLEPAS PANDANG ATAUPUN MEMANG TAK DIAMBIL KISAH...

1 comment:

Anonymous said...

hahahahahahahahaha.....blog ketinggalan zaman! kuang2..