Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday, 17 October 2011

ITALI - KALAU TAK MEMBAKAR DAN CEDERA BUKAN NAMANYA RUSUHAN

Protes ala Occupy Wall Street di Itali bertukar ganas

DARI UTUSAN MALAYSIA
17/10/2011



SEORANG perusuh mengangkat tangan tanda protes di hadapan kenderaan polis yang dibakar semasa pertempuran antara pihak berkuasa dengan penunjuk perasaan di Rome, kelmarin. - REUTERS

ROME 16 Okt. - Demonstrasi jalanan ala Occupy Wall Street di Rome oleh beratus-ratus penunjuk perasaan bertopeng semalam bertukar menjadi rusuhan paling buruk di ibu negara Itali yang menyaksikan kereta dibakar dan tingkap bangunan dipecahkan.

Polis berulang kali melepaskan gas pemedih mata dan meriam air dalam cubaan menyuraikan demonstrasi itu,

Bagaimanapun, pertempuran dengan sekumpulan kecil daripada penunjuk perasaan itu berlanjutan sehingga malam, beberapa jam selepas berpuluh ribu orang menyertai demonstrasi jalanan di Rome.

Asap dapat dilihat di kawasan perumahan antara Colosseum dan St. John Basilica, menyebabkan kebanyakan penduduk dan penunjuk perasaan menyelamatkan diri ke dalam bangunan dan gereja ketika perusuh mengganas.

Selepas polis berjaya memaksa perusuh berundur dari kawasan St, John Basilica, mereka berkumpul dan membina tembok sekatan menggunakan tong sampah di sebuah jalan raya Via Merulana.

Pegawai berkata, lebih 70 orang cedera termasuk tiga yang cedera serius.

Liputan televisyen menunjukkan perusuh melempar batu dan botol ke arah sebuah van polis dan kemudian membakarnya.

Rakyat Itali merasa tidak puas hati terhadap pengangguran tinggi, kelumpuhan politik dan pendekatan jimat cermat bernilai 60 bilion euro (RM249 bilion) yang meningkatkan cukai dan kos rawatan perubatan.

Keganasan yang berlaku di negara ini menyerupai pertempuran ala gerila di bandar yang menyaksikan penunjuk perasaan melempar batu, botol dan mercun ke arah polis.

Perdana Menteri, Silvio Berluconi berkata, mereka yang bertanggungjawab perlu dikenal pasti dan dihukum.

Datuk Bandar Rome, Gianni Alemanno mengarahkan semua muzium ditutup atas faktor keselamatan dan mengkritik kejadian itu. - REUTERS

1 comment:

Onna said...

Mi manca L'Italia tanto tanto.. Voglio ritornare di la'...