Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 18 June 2015

Jangan guna pemain JDT’

18 Jun 2015 1:06 AM

KUALA LUMPUR – Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim semalam meminta pengurusan pasukan kebangsaan tidak lagi menggunakan khidmat pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) untuk mewakili negara pada masa akan datang.

Tunku Ismail Sultan Ibrahim

Baginda yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) berkata demikian kerana menurutnya ada pihak yang me­nyalahkan pemain JDT setiap kali pasukan kebangsaan kalah teruk dalam kejohanan bola sepak antarabangsa.

“Ada beberapa pihak telah menyalahkan pemain Johor Darul Ta'zim setiap kali pasukan kebangsaan kalah teruk.

“Nasihat saya kepada pengurusan pasukan kebangsaan, jangan gunakan lagi pemain pasukan JDT untuk mewakili pasukan kebangsaan pada masa akan datang sebaliknya gunalah pemain yang lebih handal daripada pasukan lain,” kata baginda.

Tunku Ismail bertitah demikian dalam akaun Facebook JOHOR Southern Tigers semalam.

Enam daripada lapan pemain JDT yang tersenarai dalam skuad kebangsaan beraksi dalam perlawanan menentang Palestin yang me­nyaksikan skuad Harimau Malaya dibelasah 0-6 dalam aksi Kumpulan A kempen kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019 di Stadium Nasional, Bukit Jalil kelmarin.

Mereka ialah Safiq Rahim selaku ketua pasukan, penjaga gol Farizal Marlias, Mohd. Fahdli Mohd. Shas dan Mahalli Jasuli di bahagian pertahanan serta Mohd. Amri Yahyah dan Mohd. Safee Sali selaku jentera serangan.

Dua lagi pemain JDT yang tidak beraksi ialah Mohd. Nazrin Mohd. Nawi dan Junior Eldstal yang mengalami kecederaan.

Dalam perlawanan pertama Kumpulan A, Malaysia sekadar seri 1-1 berdepan Timor Leste sebelum diaibkan Palestin 0-6.

Malaysia akan menentang Amiriyah Arab Bersatu pada 3 September dan Arab Saudi pada 8 September. – BERNAMA

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/8216-jangan-guna-pemain-jdt-8217-1.104050#sthash.1BPZVZSm.dpuf


No comments: