Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday, 14 May 2014

UMNO - Rakyat Terengganu diminta bertenang

Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED
pengarang@utusan.com.my




KUALA LUMPUR 13 Mei - Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta rakyat Terengganu bertenang dan bersabar dengan perkembangan politik terbaharu di negeri itu ekoran tindakan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said serta dua lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) keluar daripada UMNO.

Melalui laman Twitternya, Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) turut memberi jaminan parti akan mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan kemelut berkenaan.

“Saya berharap rakyat Terengganu dapat bertenang dan bersabar. Insya-Allah kita akan dapat jalan yang terbaik untuk selesaikan kemelut ini," katanya.

Susulan peralihan teraju kepe­mimpinan negeri menerusi pelantikan ADUN Seberang Takir, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman, 49, Ahmad turut menyebabkan dua lagi ADUN mengisytiharkan keluar daripada UMNO dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Ahmad menyandang jawatan Menteri Besar pada 2008 setelah mengambil alih teraju kepemimpinan negeri daripada Datuk Seri Idris Jusoh, juga dalam keadaan penuh kontroversi.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140514/po_01/Rakyat-Terengganu-diminta-bertenang#ixzz31eyZFGYZ  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: