Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday, 20 May 2014

PRK TELUK INTAN - Calon window dressing? - Dr. M












MELAKA 19 Mei - Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang, Dyana Sofya Mohd. Daud yang mewakili DAP dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan disifatkan sebagai calon ‘window dressing’.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, orang Melayu tidak sepatutnya terus ditipu dan diperangkap oleh pembangkang yang menampilkan Dyana Sofya, 27, dalam PRK tersebut.

“Beliau (Dyana Sofya) hanyalah calon ‘window dressing’, bukan ada harapan apa tapi kalau dia menang dia menanglah. Orang Melayu akan sokong kerana mereka mudah kena tipu, ramai dah orang Melayu kena tipu. Yang ini (Dyana Sofya) anak orang UMNO.

“Kalau anak orang Pas dia tidak jadi, dari kecil mereka diajar suruh benci UMNO, dia disuruh pijak gambar saya tapi anak orang UMNO dia tidak disuruh masuk UMNO tak diajar pasal UMNO tak cakap sejarah UMNO bila dah besar dia bebaslah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama Chancellor Talk, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di Dewan UTeM, Durian Tunggal, di sini hari ini.

Turut hadir Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob, isteri Dr. Mahathir, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali; Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron dan Naib Canselor UTeM, Prof. Datuk Dr. Ahmad Yusoff Hassan.

Ketika ditanya mengapa Barisan Nasional (BN) tidak menyenaraikan calon muda dalam PRK Parlimen Teluk Intan, Dr. Mahathir dengan sinis menjawab: “Kalau BN nak letak calon muda, kita kena cari calon ‘window dressing’, kita buat cantik-cantik biar orang nampak menarik sikit".


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140520/po_03/iCalon-window-dressingi---Dr-M#ixzz32DGrHb9j  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: