Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday 7 May 2014

Rangel, pemain Boca diburu JDT



Juan Manuel Martinez

JOHOR BAHRU - Biarpun musim Liga Malaysia 2014 belum menutup tirainya, namun seperti sebelum ini, Presiden Persatuan Bola Sepak Ne­geri Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim sudah pun mempunyai pe­rancangan untuk musim hadapan.

Tunku Mahkota Johor yang ­nyata teruja mengenai perancangan PBNJ itu memberitahu, mereka sedang berusaha untuk mendapatkan ­khidmat pemain Boca Juniors yang berasal dari Argentina, Juan Manuel Martinez , 28.

Pada masa sama, Tunku Ismail berkata, beliau turut berminat de­ngan penyerang import berbisa Se­langor, Paulo Rangel.

“PBNJ menawarkan RM11 juta (AS$3.5 juta) kepada Kelab Boca Juniors untuk melepaskan Juan Manuel dan kita sedang menunggu perkembangan mengenai perkara tersebut," katanya pada sidang ­akhbar di Stadium Tan Sri Hassan Yunos di sini semalam.

Tunku Ismail memberitahu, Juan Manuel yang disifatkan sebagai pemain serba boleh kerana mampu beraksi dalam pelbagai posisi itu dilihat sangat sesuai untuk bermain dengan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) dan yakin dia mampu menyesuaikan diri.

Namun, katanya, semua itu masih berada pada tahap peranca­ngan termasuk membayangkan tiga atau empat pemain tempatan akan ditukar sekali gus memaklumkan peruntukan untuk pasukan musim depan tidak sebesar yang disediakan musim ini.

Sementara itu, Tunku Mahkota Johor turut memaklumkan, PBNJ juga sedang merancang beberapa program termasuk perlawanan persahabatan dengan pasukan dari Serie A, AC Milan selain perlawanan amal dengan pemain Barcelona ­Lionel Messi dan Neymar.

Mengulas perkembangan lain, beliau juga menyatakan hasrat untuk membawa JDT II beraksi dalam Liga Singapura musim depan dalam usaha untuk memberi pendedahan kepada pemain pasukan itu sekali gus mahu mereka mencari pengalaman di liga lain.

Sambil menyatakan kesediaan membayar denda RM300,000 kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sekiranya perancangan itu direalisasikan, Tunku Ismail berharap pemain JDT II menambah baik mutu permainan mereka di masa akan datang.



No comments: