Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday, 6 May 2014

Berazam terus cari pesawat MH370

Oleh SHARAIMEI SHAIK AHMEDULLAH
pengarang@utusan.com.my



Kapal Tentera Laut Australia, Ocean Shield berlabuh di pangkalan berdekatan Perth bagi melakukan penyelenggaraan rutin dan pengubahsuaian perisian Bluefin-21 dalam usaha mengesan kehilangan pesawat MH370. - AFP

PUTRAJAYA 5 Mei - Kerajaan berazam untuk meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu sehingga ditemui.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, usaha pencarian tersebut akan diteruskan dengan penglibatan beberapa negara lain termasuk Australia yang mengetuai pencarian di selatan Lautan Hindi.

"Tragedi pesawat MH370 ini merupakan satu perkara unprece­dented yang tidak pernah berlaku dalam sejarah penerbangan dunia, dalam erti kata lain istilah itu juga memberi gambaran mengenai sistem komunikasi dalam pesawat itu dimatikan serta kaedah yang digunakan untuk mengesan pesawat tersebut belum pernah dipakai.

"Meskipun belum berhasil setakat hari ini tetapi kerajaan berazam untuk meneruskan usaha pencarian pesawat tersebut dengan usaha sama rakan-rakan kita dari negara lain terutama Australia yang menunjukkan komitmen luar biasa bagi membantu Malaysia mencari pesawat ini," katanya ketika berucap dalam perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Yang turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut mengulas mengenai lawatan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ke negara ini pada 26 April lalu yang disifatkan sebagai penuh bersejarah sejak kali terakhir Presiden negara itu, Lyndon B. Johnson melawat Malaysia pada 1966.

Beliau berkata, dalam lawatan itu, Obama dibawa melihat hasil transformasi Malaysia yang sudah menjadi sebuah negara berjaya.

"Lawatan Presiden Amerika Syarikat kali ini merupakan yang kedua setelah tempoh 48 tahun, kalau dahulu kita hanya mampu melihat ladang getah di salah sebuah rancangan Felda yang kemudiannya diberi nama Felda rancangan LBJ tetapi Obama dapat lihat dalam masa 48 tahun bukan pokok getah tetapi sebuah negara berjaya.

"Kita telah melalui satu proses transformasi yang begitu besar dalam segenap kehidupan dan ini merupakan satu perkara yang boleh kita banggakan," katanya.

Menurut Najib, kejayaan tersebut hasil daripada rancangan kerajaan yang bukan sahaja menumpukan kepada keperluan semasa atau jangka masa pendek tetapi meliputi perancangan jangka masa panjang.

Dalam ucapan itu juga, Najib meminta semua penjawat awam supaya memperbaiki kelemahan dalam sektor awam terutamanya berhubung Laporan Ketua Audit Negara.

Katanya, teguran tersebut perlu diambil serius supaya dapat mengu­rangkan sehingga hampir tiada teguran dan kritikan terhadap salah guna kuasa, penyelewengan serta kelemahan dalam sektor kerajaan.



No comments: