Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday, 21 May 2014

PRK BUKIT GRLUGOR - Wahai DAP, UMNO dan BN tidak bertanding lah!





Khabar Dari Georgetown





NAMPAKNYA istilah bertanding secara gen­t­l­e­man tidak terpakai dalam kalangan pemimpin DAP sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor ketika ini.

Mana tidaknya, dalam hampir setiap ce­ramah mereka, pengundi-pengundi hanya dihadapkan dengan kata-kata berbaur fitnah dan tuduhan terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Perkara ini amat melucukan kerana DAP seolah-olah terlupa baik UMNO atau BN tidak bertanding dalam PRK berkenaan.

Malah, ketiga-tiga calon lain juga awal-awal lagi sudah mengisytiharkan mereka adalah bebas dan tidak ada kena-mengena dengan UMNO atau BN.

Jadi, kenapa pemimpin DAP memilih memburuk-burukkan UMNO dan BN serta kerajaan dalam setiap kempen mereka?

Sebetulnya pendekatan sebegini bukanlah sesuatu yang pelik dalam kalangan pemimpin DAP mahupun parti pembangkang lain.

Strategi memburuk-burukkan BN dan kerajaan adalah cara paling mudah untuk menagih sokongan rakyat.

Soal integriti iaitu sama ada apa yang dihebahkan kepada rakyat itu adalah betul atau pembohongan semata-mata bukan lagi menjadi keutamaan.

Apa yang penting bagi mereka adalah pembohongan dan tuduhan itu diterima dan diyakini meskipun yang menjadi taruhan adalah maruah dan harga diri mereka sendiri.

Jika tidak, mana mungkin mereka boleh berbangga menghasut rakyat turun berdemontrasi kononnya membantah penipuan dalam sistem pilihan raya umum lalu.

Walhal hakikatnya, dakwaan mereka kononnya berlaku ‘blackout’ dan pengundi asing dibawa untuk turut serta mengundi terbukti fitnah semata-mata.

Dari sudut lain, pemimpin DAP juga selesa memburuk-burukkan UMNO dan BN dalam kempen mereka kerana menyedari tidak mampu menghebahkan jasa dan sumbangan mereka terhadap rakyat.

Siapa yang berani menafikan segala pembangunan dan kemajuan yang dikecapi rakyat negeri ini termasuk pengundi di Bukit Gelugor adalah atas jasa serta sumbangan kerajaan BN terdahulu?

DAP hanya menumpang keselesaan daripada jerit-perih pemimpin BN terdahulu dan sepatutnya mereka berterimakasih, bukannya memburuk-burukkan BN yang meninggalkan legasi kekayaan negeri ini untuk mereka nikmati.

Pemimpin DAP juga sepatutnya berasa malu kerana dalam tempoh enam tahun memerintah negeri ini, apa sumbangan mereka terhadap rakyat yang boleh dibanggakan?

Sepatutnya pentas berkempen itu digunakan DAP untuk memperjelaskan pelbagai isu yang membelenggu dan menekan rak­yat. Antaranya isu penjualan tanah kerajaan negeri kepada pihak pemaju untuk dibangunkan projek perumahan mewah.

Isu ini cukup kritikal kerana tindakan kerajaan negeri itu menyebabkan peluang penduduk negeri ini memiliki rumah pada harga mampu milik tertutup sama sekali.

Isu lain yang memerlukan perhatian segera adalah nasib peniaga-peniaga Me­layu yang sedikit demi sedikit dihalau dari tapak mereka mencari rezeki.

Pemimpin DAP sepatutnya menjawab mengapa wujud tindakan dwi standard dalam mengambil tindakan terhadap peniaga yang didakwa melakukan kesalahan ini selepas hanya kaum tertentu sahaja dikenakan tindakan tetapi kaum lain bebas berniaga sesuka hati?

Bagaimana pula dengan keghairahan kerajaan negeri memberi kebenaran kepada pelbagai projek hartanah sehingga terpaksa mengorbankan alam sekitar seperti menggondolkan bukit dan menambak laut?

Kenapa suara-suara pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bimbang dengan kesan jangka panjang daripada projek itu langsung tidak dipandang kerajaan negeri yang selesa menjaga kepentingan pemaju?

Begitu juga dengan isu kenaikan tarif air dan caj parkir yang menekan golongan rakyat pertengahan tetapi seolah-olah tidak dipedulikan kerajaan negeri?

Apa jaminan kerajaan negeri terhadap keselamatan dan kesejahteraan penduduk yang diarahkan berpindah dari rumah mereka seperti di perkampungan nelayan dan Kampung Pokok Asam, Jelutong?

Tidakkah kerajaan negeri bertanggungjawab memperjelaskan kepada rakyat ba­gaimana penilaian kesan alam sekitar (DEIA) projek terowong bawah laut dijalankan oleh pemaju kepada projek itu sendiri?

Kerajaan negeri sebenarnya berhutang terlalu banyak penjelasan dengan rakyat berhubung pelbagai isu dan pentas kempen dalam PRK Parlimen Bukit Gelugor ketika ini sepatutnya menjadi medan terbaik untuk berbuat demikian.

Malangnya, seperti sebelum ini juga, pemimpin DAP memilih menutup mulut daripada menjawab semua persoalan itu dan selesa mengalih perhatian rakyat terhadap segala keburukan yang sengaja direka-reka terhadap UMNO dan BN.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140521/re_02/Wahai-DAP-UMNO-dan-BN-tidak-bertanding-lah#ixzz32JMn0Oko  © Utusan Melayu (M) Bhd


 KOMEN : MEREKA MANA ADA MODAL SELAIN MENYALAHKAN UMNO DAN ORANG MELAYU...ADA CERITA SIAP SKOR PARIAH MEMAKI UMNO DALAM DUN PENANG... KALAU DAH PARIAH TU PARIAHLAH ANJING DAP TAKAN BOLEH JADI CINA DAP RASIS PUNYA.

No comments: