Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday 9 May 2014

Berhimpun di kawasan larangan, keputusan 11 Jun



TIGA tertuduh perhimpunan Blackout 505 (dua dari kiri) Mohamed Bukhairy Mohamed Sofian, Muhammad Safwan Anang dan Ekhsan Bukharee Badrul Hisham berbincang dengan peguam Eric Paulsen (kanan) semasa hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR 8 Mei - Keputusan di akhir pendakwaan kes Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd. Akin dan timbalannya, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin serta empat aktivis pelajar berhubung perhimpunan 'Blackout 505' di pekarangan sebuah masjid di sini tahun lalu ditangguhkan ke 11 Jun ini bagi membolehkan hujahan bertulis bagi beberapa orang tertuduh difailkan.

Hakim Mahkamah Sesyen di sini Mat Ghani Abdullah menetapkan tarikh tersebut selepas peguam bela, Eric Paulsen yang mewakili Adam Adli Abd. Halim, Muhammad Safwan Anang @ Talib, Ekhsan Bukharee Badarul Hisham dan Mohamed Bukhairy Mohamed Sofian memohon satu masa yang panjang untuk berbuat demikian.

Peguam itu turut memberitahu, tempoh masa yang panjang tersebut diperlukan berikutan terdapatnya keputusan permohonan aktivis-aktivis pelajar itu untuk membatalkan pertuduhan berkenaan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Amelia Tee Hong Geok Abdullah pada 26 Mei ini.

Peguam bela, Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff yang mewakili Shamsul Iskandar yang juga Ahli Parlimen Bukit Katil, Melaka turut memaklumkan, permohonan serupa yang difailkan oleh anak guamnya juga ditetapkan untuk pengurusan kes pada 23 Mei di sebuah lagi Mahkamah Tinggi di sini.

Berhubung hujahan bertulis, peguam terbabit yang menyebut bagi pihak Khairul Anuar memaklumkan bahawa tertuduh terbabit mengguna pakai hujahan yang telah difailkan bagi pihak Shamsul Iskandar.

Mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh didakwa menyertai perhimpunan yang diadakan di kawasan larangan, Masjid Ar-Rahman di Universiti Malaya antara pukul 12 tengah hari dan pukul 1.15 petang, 22 Jun lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 4(2)(b) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM20,000.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140509/ma_03/Berhimpun-di-kawasan-larangan-keputusan-11-Jun#ixzz31CXnKmiK  © Utusan Melayu (M) Bhd


No comments: