Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 12 May 2014

UMNO - Hassan, Salma Tokoh Melayu Terbilang



Najib Tun Razak dan Muhyiddin Yassin bersama Hassan Azhari (dua dari kiri) serta anak Dr. Salma Ismail, Tan Sri Dr. Ridzwan Bakar (dua dari kanan) yang mewakili ibunya pada Ulang Tahun UMNO Ke-68 di PWTC, Kuala Lumpur, malam tadi.

KUALA LUMPUR 11 Mei - Tokoh agama terkenal, Tan Sri Hassan Azhari dan wanita Melayu pertama memperoleh kelayakan doktor perubatan, Tan Sri Dr. Salma Ismail masing-ma­sing diumumkan sebagai penerima anugerah Tokoh Melayu Lelaki serta Wanita Terbilang sempena sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-68 hari ini.

Kedua-dua tokoh itu dipilih menerima anugerah berkenaan sebagai menghargai peranan dan sumbangan mereka kepada negara.

Hassan, 85, diberi pengiktirafan itu atas sumbangan beliau dalam bidang keagamaan manakala Dr. Salma, 95, pula kerana sumbangannya dalam bidang perubatan.

Hassan yang juga merupakan penerima Tokoh Maal Hijrah 2002 memberikan sumbangan besar kepada negara antaranya dengan melaungkan azan ketika menyambut kemerdekaan negara di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957.

Beliau telah mengajar al-Quran dalam Radio Malaya dari 1960 hingga 2000 selain turut mengacarakan rancangan agama selama lapan tahun di TV1 bertajuk 'Muqaddam' pada 1970-an.

Hassan juga merupakan hakim Pertandingan Tilawah al-Quran yang paling lama berkhidmat dalam negara di samping menjadi hakim di Arab Saudi, Mesir, Iran, Dubai, Brunei dan Thailand.

Dalam pada itu, Salma yang dilahirkan di Alor Setar, Kedah menempa sejarah sebagai wanita Melayu pertama berjaya memperoleh kelayakan doktor di seluruh negara pada lewat 1940-an.

Beliau memperoleh Ijazah Doktor Perubatan pada 1947 selepas melanjutkan pengajian ke King Edward VII College of Medicine di Singapura.

Pencapaian itu dianggap sangat cemerlang tatkala masyarakat Me­layu masih dibaluti adat resam dan tradisi lama yang melarang anak pe­rempuan belajar ke peringkat tinggi.

Penyampaian kedua-dua anugerah tersebut disempunakan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak sempena majlis sambutan itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam ini.

Hassan menerima sendiri anugerah berkenaan manakala Salma yang dilaporkan uzur diwakili oleh anaknya, Tan Sri Dr. Ridzwan Bakar.

Sementara itu, Ridzwan merakamkan penghargaan kepada UMNO yang sudi memberi anugerah Tokoh Melayu Wanita Terbilang kepada ibunya.

Beliau percaya ibunya bersyukur dan berbangga dengan pengiktirafan berkenaan.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140512/po_03/Hassan-Salma-Tokoh-Melayu-Terbilang#ixzz31TQGYbSS  © Utusan Melayu (M) Bhd 


No comments: