Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 5 May 2014

Prinsip keadilan Islam tidak dipenuhi - Dr. M






KUALA LUMPUR 30 April - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan, beliau masih berpegang dengan pendiriannya lebih 20 tahun lalu untuk menolak hukum hudud yang mahu dilaksanakan oleh Pas kerana tidak memenuhi prinsip keadilan yang ditekan dalam Islam, sekali gus menjadikannya tidak Islamik.

Beliau berkata, sekiranya dilaksanakan, hukum hudud ala Pas itu akan menyebabkan ketidakadilan dalam masyarakat kerana hukuman berbeza dikenakan kepada umat Islam dan bukan Islam atau kesalahan yang sama.

“Mengenai hudud, penekanan yang diberikan di dalam al-Quran ialah keadilan. Apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil.

“Di Malaysia tidak boleh ada keadilan kalau cuba laksanakan hukum hudud ke atas orang Islam manakala bukan Islam dikecualikan. Kamu potong tangan orang Islam tetapi pencuri bukan Islam dikenakan dua bulan penjara. Adakah itu adil? Itu tidak adil dan kalau tidak adil, itu tidak Islamik," katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas melancarkan buku bertajuk A UN Chronicle 1988-1998 yang dihasilkan oleh bekas Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Tan Sri Razali Ismail dan Sharifah Shifa al-Attas di sini hari ini.

Dr. Mahathir berkata, beliau menolak hukum hudud cara Pas itu kerana ia tidak Islamik dan bukannya atas sebab-sebab lain.

Katanya, alasan sama turut dinyatakan dalam surat beliau bertarikh 8 Jun 1994 kepada Menteri Besar Kelantan ketika itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika menjelaskan kenapa Kerajaan Pusat tidak boleh membenarkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) Kelantan 1993 dilaksanakan di negeri itu.

“Penjelasan saya kepada Nik Aziz adalah berdasarkan Islam dan bukan atas alasan-alasan sekular," katanya.

Menurut beliau, isu hukum hudud ditimbulkan kembali oleh Pas sekarang hanya bermotifkan politik untuk dilihat sebagai Islamik bagi meraih sokongan umat Islam, selain parti itu beranggapan Kerajaan Persekutuan memerlukan sokongan mereka kerana tidak mempunyai majoriti dua pertiga di Parlimen.

“Ia bukan mengenai keadilan, hudud atau melaksanakan hukum Islam tetapi untuk menjadi popular sebab negara kita negara demokratik dan populariti akan membolehkan kamu menang undi," katanya.

Sementara itu, Dr. Mahathir tidak bersetuju dengan pandangan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama ketika melawat negara ini baru-baru ini bahawa Malaysia tidak akan berjaya jika orang bukan Islam tidak diberikan peluang yang sama dengan orang Islam.

“Di Malaysia, walaupun dengan polisi itu (hak keistimewaan bumiputera), adakah kamu nampak Cina miskin, India pula dengan kerja peguam, doktor dan sebagainya," ujarnya.

Menurut bekas Perdana Menteri, pemenang Hadiah Nobel Ekonomi, Joseph E. Stiglitz di dalam bukunya bertajuk The Price of Inequality menyatakan bahawa di AS sendiri tidak wujud kesamarataan apabila hanya satu peratus rakyat menguasai kekayaan manakala 99 peratus lagi adalah miskin.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140501/dn_05/Prinsip-keadilan-Islam-tidak-dipenuhi---Dr-M#ixzz30o9qcmeR  © Utusan Melayu (M) Bhd

No comments: