Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday 9 May 2014

Ruangan kaum kekal - PM - MEMANDAI SENDIRI KAN DAH MALU...

Oleh SAYED HESHAM IDRIS
dan SYUKRI SHAARI
pengarang@utusan.com.my



NAJIB Tun Razak ketika hadir di Bukit Merah Lake Town Resort bagi mendengar taklimat pembangunan negeri Perak dan meninjau kawasan Pulau Orang Utan Bukit Merah Laketown Resort di Bagan Serai, Perak, semalam. - BERNAMA

TAIPING 8 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan kerajaan memutuskan untuk menghapuskan ruangan kaum dalam borang rasmi kerajaan.

Menurut beliau, Kabinet tidak membuat sebarang perubahan me­ngenainya, sebaliknya amalan itu dikekalkan.

Beliau mengakui ada perbincangan mengenai perkara itu tetapi menegaskan, keputusan kerajaan adalah mengekalkan dasar sedia ada.

"Tiada sebarang perubahan dasar mengenai ruangan kaum dalam borang rasmi kerajaan di mana ia (ruangan kaum) masih dikekalkan.

"Kabinet tidak membuat keputusan memansuhkan keperluan untuk mengisi ruangan tersebut.

"Kita ada bincang mengenainya tetapi keputusannya adalah kita mengekalkan amalan dan dasar sedia ada, justeru kenyataan Datuk Joseph Entulu Belaun (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) tidak tepat.

"Saya diberitahu beliau akan membuat kenyataan memohon maaf di atas kesilapan yang telah beliau buat," katanya selepas me­rasmikan Rumah UMNO Bahagian Taiping di sini hari ini.

Yang turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir; Ketua UMNO Bahagian, Datuk Ahmad Shalimin Ahmad Shaffie dan barisan Exco kerajaan negeri.

Perdana Menteri mengulas ke­nyataan Joseph Entulu semalam bahawa Jemaah Menteri memutuskan menghapuskan ruangan kaum dalam borang rasmi kerajaan kerana dianggap tidak perlu ketika melakukan urusan.

Antaranya borang permohonan kerja di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), permohonan pasport dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM)

Tambah Perdana Menteri, tujuan kerajaan mengekalkan dasar sedia ada bukan kerana mahu melebarkan jurang antara kaum dari segi sentimen atau perasaan.

Sebaliknya, tegas beliau, perkara itu perlu dilihat secara positif ke­rana kerajaan mahu menentukan setiap kaum mendapat pertimba­ngan yang adil dengan tiada mana-mana etnik ketinggalan dari segi pembangunan.

"Dasar ini (mengekalkan ruangan kaum) juga perlu dikekalkan demi kepentingan statistik, perangkaan. Kita memerlukan data (jumlah kaum).

"Kalau tidak kita tiada ada pe­rangkaan, data kita tidak lengkap dan ini akan menimbulkan banyak kesulitan dari segi untuk melihat kemajuan setiap kaum," ujar beliau.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140509/dn_01/Ruangan-kaum-kekal---PM#ixzz31CPZT23Q  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: