Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday, 20 May 2014

Semua pihak diseru penuhi Tabung Alumni UiTM



Zaini Hassan menyampaikan cenderamata kepada Aminar Rashid Salleh yang merasmikan Mesyuarat Agung PAUiTM Ke-4 di Shah Alam, malam semalam. - UTUSAN/ABDUL RAZAK IDRIS

SHAH ALAM 19 Mei - Semua pihak khususnya alumni Universiti Teknologi Mara (UiTM) diseru menderma kepada Tabung Pendidikan Alumni institusi pengajian tinggi awam itu bagi membolehkan sasaran kutipan sebanyak RM1 bilion menjelang hujung tahun ini dicapai.

Presiden Persatuan Alumni UiTM (PAUiTM), Datuk Zaini Hassan berkata, sasaran tersebut diyakini mampu dicapai berdasarkan jumlah graduan universiti itu yang kini mencecah hampir 554,000 orang sehingga November tahun lepas.

“Saya harap usaha PAUiTM mengerakkan tabung ini menjadi pencetus kepada semangat ‘memberi kembali’ kepada masyarakat.

“Sesiapa sahaja tidak kira alumni, bukan ahli alumni, syarikat korporat dan orang ramai boleh mengisi tabung ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Mesyuarat Agung PAUiTM Keempat yang disempurnakan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua), Datuk Aminar Rashid Salleh, di sini malam tadi.

Zaini menambah, dalam tempoh tiga bulan ini, tabung tersebut berjaya mengumpul sebanyak RM150,000.

Menurutnya, hasil kutipan sedia ada akan digunakan untuk memajukan bidang pendidikan dalam bentuk biasiswa, bantuan kebajikan dan menaja program penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Sementara itu, Ahli Lembaga Pengarah UiTM, Datuk Ibrahim Ali berkata, PAUiTM perlu dige­rakkan secara lebih aktif supaya dapat memainkan peranan untuk membantu golongan bumiputera maju dalam bidang ekonomi dan pendidikan.

“Persatuan ini juga harus berusaha membentuk minda penuntut UiTM pada masa akan datang dengan cara positif memandangkan banyak maklumat yang diterima mereka menerusi media sosial adalah tidak betul," katanya.

Sumbangan kepada Tabung Pendidikan Alumni UiTM boleh disalurkan terus ke akaun Maybank bernombor 5621-0663-2129 atau menghubungi PAUiTM di 03-55134246 atau 03-55100091.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kampus/20140520/ka_01/Semua-pihak-diseru-penuhi-Tabung-Alumni-UiTM#ixzz32DBrW6Hi  © Utusan Melayu (M) Bhd 


No comments: