Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday 21 May 2014

'Tidak kisah siapa pengerusi UMNO negeri'



Ahmad Razif

KUALA TERENGGANU 20 Mei - Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman bersedia bekerjasama dengan sesiapa sahaja yang dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri dan tidak mempunyai masalah jika jawatan itu diberikan kepada orang lain.

Sehubungan itu, beliau menyerahkan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memutuskan perkara itu kerana apa yang penting baginya ialah kebersamaan dalam memperjuangkan parti.

Katanya, beliau tidak mempunyai masalah kerana sebagai ahli parti yang setia akan menyerahkan semua itu kepada Presiden,

“Yang mustahak ialah kita bersama (memperjuang parti). Tak ada masalah. Maknanya, andai kata dilantik sesiapa sahaja menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri hatta Yang Berhormat Rozi (Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri, Rozi Mamat) sendiri pun, kita akan bekerjasama.

“Kita perlukan perpaduan dalam saat-saat begini, lebih-lebih lagi dalam keadaan Terengganu sekarang 17-15 (Barisan Nasional 17 kerusi dan pembangkang 15 kerusi Dewan Undangan Negeri). Jadi, komitmen saya kepada Presiden ialah bagi memastikan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan lebih baik daripada yang sebelum ni," katanya.

Beliau mengulas cadangan yang diutarakan oleh Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia, Ahad lalu yang mengaitkan nama Menteri Komunikasi dan Multimedia yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kemaman, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sebagai calon yang sesuai untuk jawatan tersebut.

Bagaimanapun, Ahmad Shabery ketika ditanya pemberita berhubung perkara itu berpendapat, jawatan tersebut seharusnya dipegang oleh seorang menteri besar bagi membolehkan pentadbiran negeri dan kerja parti berjalan lancar.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Razif memberitahu, beliau kini memangku dua portfolio iaitu portfolio asalnya iaitu selaku Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi dan Inovasi; Tenaga, Teknologi Hijau dan Air negeri serta Jawatankuasa Perancang, Kewangan dan Pelaburan; Tanah, Petroleum, Sumber Asli dan Alam Sekitar; Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri.

Beliau berkata, portfolio itu akan dipangkunya sehingga lantikan Exco baharu dibuat dan ketika ini, pihaknya sedang berbincang tentang perkara itu sebelum menghadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin untuk memohon perkenan.

Pada masa sama, beliau mengulangi janjinya bahawa tidak akan ada perubahan lain dalam Exco kerajaan negeri buat masa ini.

“Exco baharu memang kita belum putuskan tapi kita akan bergerak ke arah itu. Exco-exco yang ada sekarang ini kekal dengan jawatan masing-masing dan Exco satu lagi (pengganti tempat beliau selaku Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi dan Inovasi; Tenaga, Teknologi Hijau dan Air negeri) pula kita belum putuskan," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140521/po_02/Tidak-kisah-siapa-pengerusi-UMNO-negeri#ixzz32JCl6BNs  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: