Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 5 May 2014

MCA - DAP, PKR digesa halang Pas laksana hudud terlebih dahulu









KUALA LUMPUR 4 Mei - DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) digesa bertindak menghalang Pas daripada membentangkan rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat berhubung pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai (gambar) berkata, kedua-dua parti itu perlu tampil bertindak terlebih dahulu berbanding pihak lain kerana mereka berada dalam komponen pakatan pembangkang.

“Sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13, kedua-dua parti itu telah menyatakan sokongan kepada Pas. Kini Pas bercadang melaksanakan hudud, jadi terserah kepada DAP dan PKR untuk bercakap de­ngan Pas.

“Malah, kedua-dua parti itu dilihat mempunyai kuasa untuk menghalang pelaksanaan undang-undang itu, jadi mereka wajar mengambil tanggungjawab itu berbanding orang lain," katanya selepas merasmikan program Dharma Walk 2014 anjuran Persatuan Belia Buddhist Malaysia (YBAM), di sini hari ini.

Baru-baru ini, Kerajaan Pas Ke­lantan membuat keputusan akan membawa usul rang undang-undang persendirian dalam sidang Dewan Rakyat yang dijangka seawal-awalnya Jun ini atau selewat-lewatnya Disember 2014 bagi melaksanakan hukum hudud di negeri berkenaan pada tahun hadapan.

Jelas Tiong Lai, pelaksanaan hukum hudud di negara ini bercanggah dengan prinsip-prinsip dalam Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, hukum hudud tidak praktikal untuk dilaksanakan dan dikhuatiri boleh menimbulkan kekeliruan serta huru-hara kepada rakyat kerana akan ada dua sistem perundangan jenayah berbeza di negara ini.

“Sehubungan itu, kami menggesa DAP dan PKR untuk berbincang dengan Pas untuk menyelesaikan perkara ini secepat mungkin. Pendirian MCA adalah sangat jelas dan semua orang tahu bahawa kami akan tetap menghalang pelaksanaan hukum hudud," katanya.

Tambah beliau, pihaknya pada masa ini sedang berunding dengan pakar undang-undang bagi tindakan susulan.

Dalam perkembangan lain, ketika diminta mengulas mengenai jawatan Kabinet selepas MCA memutuskan untuk menyertainya semula, Tiong Lai berkata, pihaknya sedang menunggu kata putus Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung perkara itu.

“Perkara itu di bawah bidang kuasa Perdana Menteri dan ia tidak boleh dibincangkan dengan media, namun kami mengesahkan MCA akan menyertai Exco kerajaan ne­geri Perak manakala kedudukan di negeri lain masih dalam perbinca­ngan dan akan diumumkan dalam masa terdekat," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140505/po_01/DAP-PKR-digesa-halang-Pas-laksana-hudud-terlebih-dahulu#ixzz30nxbFchy  © Utusan Melayu (M) Bhd

KOMEN : KALAU DAH CINA TETAP JUGA RASIS TAK KIRA DAP ATAU MCA, SAMA AJE...

No comments: