Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 6 May 2014

'Manjeet punyai hubungan rapat, diperalatkan oleh Anwar'












KUALA LUMPUR 5 Mei - Peguam, Manjeet Singh Dhillon bukan sahaja mempunyai hubungan rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim malahan didakwa telah diperalatkan oleh Ketua Pembangkang itu, menurut bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), N. Gobalakrishnan.

Gobalakrishnan mendakwa, Manjeet juga condong menyokong parti pembangkang dan sering dilihat berada di rumah Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Menurutnya, lebih kurang pukul 11 malam, beberapa tahun lalu semasa beliau masih dalam PKR, Manjeet ada di rumah Anwar untuk membincangkan keselamatan penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam dan menggerakkan sidang akhbar lelaki itu.

"Kami kepimpinan PKR ada di rumah Anwar tetapi saya tidak terlibat dalam perbincangan tersebut cuma saya berada di pekarangan rumahnya ketika mereka berbincang mengenai Balasubramaniam," kata beliau di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Dalam satu soalan lain peguam, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Utusan Melayu (M) Bhd. (UMMB) kemudiannya bertanya mengenai hubungan Anwar dengan bekas rakan baiknya, Datuk S. Nallakaruppan.

Saksi itu berkata, hubungan Anwar dengan Nallakaruppan yang merupakan bekas Pengarah Eksekutif Magnum Corporation Bhd. (Magnum) adalah sangat rapat melebihi keakraban beliau dengan Ketua Pembangkang itu.

Gobalakrishnan mendakwa, semasa ditangkap dalam kejadian rusuhan di Masjid Negara, beliau mahu Manjeet mewakilinya tetapi tidak berjaya kerana Anwar memberitahunya bahawa Manjeet sudah pun mewakili Nallakaruppan.

Menurutnya, beliau akhirnya diwakili oleh peguam, Zainur Zakaria.

Sementara itu, bekas Ahli Parlimen Padang Serai itu menegaskan, berdasarkan latar belakang sejarah Manjeet, artikel bertajuk, Manjeet selalu memburukkan kerajaan yang disiarkan dalam Utusan Malaysia pada 17 Ogos 2011, mempunyai justifikasi (kewajaran) dan suatu komen yang adil.

Menurut Gobalakrishnan dalam episod pertama, antara tahun 1988 dan 1989, Manjeet bagi pihak Badan Peguam telah membuat afidavit tentang permohonan menghina mahkamah terhadap pemangku Ketua Hakim Negara ketika itu, Tun Abdul Hamid Omar.

Manjeet kemudian telah didapati bersalah oleh Mahkamah Agung pada masa itu dan ekoran tindakannya menghina Mahkamah Agung dia didenda atas kesalahan tersebut.

Episod seterusnya menurut Gobalakrishnan, Manjeet telah membenarkan Anwar mengguna pakai akuan berkanun (SD) beliau (Manjeet) dalam permohonan menggugurkan Timbalan Pendakwa Raya (DPP) yang mengendalikan kes rasuah membabitkan Anwar dan peguam itu memohon maaf kepada Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu, Datuk Seri S. Augustine Paul.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Nor Bee Ariffin bersambung 21 dan 22 Julai ini.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140506/ma_02/Manjeet-punyai-hubungan-rapat-diperalatkan-oleh-Anwar#ixzz30uih1QRx  © Utusan Melayu (M) Bhd

No comments: