Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday 27 May 2011

BILA BERFIKIR MENGGUNAKAN LUTUT


Harga petrol dan pembubaran DUN
Kelolaan LUKMAN ISMAIL
lukman@utusan.com.my

SEPANJANG minggu ini kalangan pemimpin pembangkang, pengendali blog dan laman sosial mesra pembangkang menghebahkan bahawa harga petrol RON95 akan naik sebanyak 30 sen seliter. Ia bertolak daripada kenyataan kerajaan sebelum ini yang mahu merasionalkan semula pemberian subsidi kerajaan, termasuk bagi bahan bakar.

Namun, apabila Kabinet memutuskan untuk mengekalkan harga petrol RON95, gas asli cecair (LPG) dan diesel, sekali gus ia menafikan khabar angin tersebut, Adamyan pantas memberikan pandangan dalam myKMU (mykmu.net).

Beliau percaya keputusan yang dibuat kerajaan itu antara lain disebabkan nilai ringgit yang semakin kukuh berbanding dolar Amerika serta punca tambahan lain seperti kenaikan cukai perkhidmatan kepada 6 peratus.

"Cuma penulis berminat nak tahu, bila minyak tak naik ni, apa yang pembangkang nak aturkan untuk menyambut keputusan kerajaan? Nak ada demonstrasi 'Sayang Najib' ke (atau), nak ada majlis kesyukuran dan berterima kasih kepada Kerajaan Pusat ke?

"Kalau naik bukan main lagi nak memberontak ya, bila tak naik malah masa turun beberapa kali dulu pun tak ada apa yang pembangkang buat untuk 'menghargai' usaha kerajaan," katanya.

Beliau percaya, naik atau turun harga petrol bukan masalah bagi pihak pembangkang tetapi apa yang lebih penting ada isu yang boleh dijadikan "peluru" untuk menyerang kerajaan.

Blog Perak Today (peraktoday.com) dan House PK (parpukari.blogspot.com) pula berkata, keputusan Kabinet itu sudah pasti menggusarkan para pemimpin pembangkang sekali gus menampakkan ketiadaan kredibiliti mereka yang sebelum ini lantang membuat pelbagai tohmahan kepada Kerajaan Pusat berhubung harga minyak.

"Apabila kerajaan mengumumkan pembekuan kenaikan harga (RON95, LGP dan diesel), secara tidak langsung hujah-hujah pembangkang selama ini yang memukau dan mempengaruhi ribuan orang, terhenti dengan sendirinya. Namun sebagai pembangkang, para pemimpin mereka tidak akan mati akal. Mereka tentu sekali akan mencari jalan dan hujah lain untuk tetap memenangi hati rakyat," katanya.

Kata blog tersebut, sebagai parti yang konon memperjuangkan kebajikan rakyat, keputusan kerajaan itu sepatutnya disambut dengan baik, tetapi sebaliknya ia terus dipolitikkan dengan mendakwa keputusan tersebut kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) bimbang kehilangan sokongan pada pilihan raya akan datang.

Syed Azidi Aziz (kickdefella.wordpress.com) pula mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri berhubung keputusan itu kerana beliau tidak dapat membayangkan nasib rakyat negara ini yang bakal terjejas kualiti hidup berikutan kenaikan harga bahan bakar ekoran pengurangan subsidi.

Katanya, walaupun keputusan tersebut bersifat sementara dan ada pihak yang menyifatkan sebagai bukti bahawa Pilihan Raya Umum Ke-13 sudah semakin hampir, tetapi ia sekurang-kurangnya membolehkan kita menarik nafas lega bagi menyediakan diri dan isi rumah.

"Dalam tempoh ini juga, diharapkan kerajaan dapat bersikap telus dan mengumumkan keadaan sebenar rejim subsidi bahan bakar di Malaysia. Kerajaan yang mendahulukan rakyat harus sedar, rakyat bukan bodoh dan boleh disogok dengan apa sahaja maklumat yang diinginkan oleh pemerintah.

"Zaman tersebut sudah berubah. Kerajaan yang mendahulukan rakyat juga harus sedar, sebuah kerajaan bukanlah sebuah syarikat korporat," katanya.

Mengenai keengganan kerajaan DAP Pulau Pinang untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) jika Pilihan Raya Umum Ke-13 diadakan dalam tempoh terdekat, blog Paneh Miang (paneh.blogspot.com) membidas Lim Guan Eng sebagai kenyataan orang yang seronok di tampuk kuasa tetapi tidak faham mengenai undang-undang pilihan raya.

Katanya, jika negeri-negeri di bawah pentadbiran kerajaan pembangkang khususnya Pulau Pinang enggan membubarkan DUN mereka walaupun Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri lain sudah berbuat sedemikian, maka beberapa kaedah boleh digunakan bagi memastikan DUN negeri pembangkang terpaksa akur.

"Mungkin Guan Eng terlupa dia mentadbir negeri yang bidang kuasanya adalah di bawah Yang di-Pertuan Agong melalui wakilnya Yang Dipertua Negeri. Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada Agong untuk memberhenti atau membubarkan Parlimen mengikut budi bicaranya.

"Maka, Agong juga berkuasa untuk mengarahkan Yang Dipertua Negeri yang mewakilinya di negeri tidak beraja seperti Pulau Pinang untuk membubarkan DUN," katanya.

Selain itu, kata blog tersebut, kebanyakan Undang-Undang Tubuh Negeri turut memberi kuasa kepada raja-raja Melayu dalam perihal "mempersetujui atau tidak mempersetujui permintaan membubar Dewan Undangan Negeri" yang perlu setara dengan Perkara 40(2)(b) dan Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan.

"Walaupun tindakan raja Melayu tertakluk atas nasihat, namun kuasa membubarkan Parlimen mahupun DUN masih lagi tertakluk di bawah budi bicara Raja-raja Melayu.

"Akan tetapi, jika negeri yang ditadbir komplot pembangkang masih berkeras tidak mahu membubarkan DUN, maka satu lagi kaedah boleh digunakan iaitu dengan mengisytiharkan darurat (Perkara 150) di negeri yang enggan membubarkan DUN," katanya.

Blog Perak Today (peraktoday.com) pula berkata, sehingga kini tiga daripada empat buah negeri dikuasai pembangkang sudah pun mengeluarkan kenyataan keengganan mereka membubarkan DUN masing-masing jika pilihan raya umum diadakan dalam masa terdekat. Negeri-negeri itu ialah Kelantan, Selangor dan terbaru Pulau Pinang.

Katanya, sebelum ini tidak pernah wujud keengganan membubarkan DUN oleh kerajaan-kerajaan negeri dikuasai pembangkang seperti Kelantan dari tahun 1990 hingga 2008, Terengganu (1998-2004) dan Sabah ketika Parti Bersatu Sabah (PBS) bertindak keluar dari BN pada 1990-1994.

"Namun apabila DAP dapat menguasai negeri, maka Guan Eng yang selama ini sering bercakap besar, takut dan kecutnya tidak terkira," katanya.

Keadaan ini , jelas blog tersebut, mengingatkan peristiwa 11 bulan pemerintahan pembangkang di Perak yang mana pada peringkat awal pentadbiran mereka, desakan agar pilihan raya negeri diadakan semula telah disuarakan tetapi mereka enggan berbuat demikian.

Bagaimanapun, apabila pembangkang kehilangan kuasa di negeri tersebut, merekalah lantang mendesak pilihan raya negeri diadakan semula kerana mendakwa BN telah merampas kuasa mereka di Perak.

"Justeru, mudahlah untuk kita menelah mengapa para pemimpin pembangkang sangat takut untuk membubarkan DUN serentak dengan Parlimen," katanya.

KOMEN : PUAK PEMBANGKANG NI KERJA MEREKA HANYA TAHU MENIPU SAMPAI SENDIRI PUN BERPUSING-PUSING TAK TENTU HALA TUJU... ITULAH PADAHNYA BILA BERFIKIR MENGGUNAKAN KEPALA LUTUT....

No comments: