Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 16 May 2011

PPIM akui wujud gerakan cabar Islam sebagai agama rasmi kerajaan


DARI UTUSAN MALAYSIA
16.5.2011


KUALA LUMPUR 15 Mei - Pihak yang sengaja enggan menghormati kontrak sosial sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan sepatutnya dipersalahkan dan bukannya menyalahkan Utusan Malaysia kerana didakwa sengaja 'bermain api.'

Demikian tegas Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Maamor Osman (gambar) ketika menjawab tuduhan pelbagai pihak termasuk parti Pas yang menyalahkan Utusan dalam laporan bertajuk Kristian Agama Rasmi? pada 7 Mei lalu.

Sambil mengesahkan bahawa laporan muka depan Utusan itu sebagai berasas, Maamor berkata, PPIM sendiri mempunyai maklumat bahawa terdapat usaha daripada kumpulan tertentu untuk mencabar kedudukan Islam selaku agama rasmi negara ini.

Sehubungan itu, beliau menganggap pendedahan akhbar tersebut adalah sebagai satu tanggungjawab mulia demi kesucian agama Islam, agar pihak berkuasa sedar bahawa memang wujud satu gerakan yang bertujuan menghancur keharmonian negara ini.

"Kami boleh sahkan laporan itu berasas. Kami mempunyai maklumat dan ini bukan kali pertama kumpulan itu menganjurkan program seperti itu. Usaha untuk mencabar kedudukan Islam sebagai agama rasmi di negara ini telah lama berlaku.

"Saya juga tidak menolak kemungkinan mereka ini mendapat dana daripada sebuah pertubuhan antarabangsa sebagaimana yang pernah berlaku di Sabah sebelum ini. Mereka ini sebenarnya yang patut dikecam kerana sengaja mencurah minyak ke dalam api dan bukannya Utusan.

"Fakta ini harus dipandang serius oleh pihak bertanggungjawab. Jika Utusan diberi amaran kerana mendedahkan hal sebenar, usaha pihak tersebut juga perlu dipastikan berkubur," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini semalam.

Utusan pada Sabtu minggu lalu menyiarkan berita bertajuk 'Kristian Agama Rasmi?' yang dipetik daripada dua blog tempatan iaitu Bigdog serta Marahku dan pada masa yang sama, turut menyiarkan penafian Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi dari DAP yang hadir pada majlis kontroversi tersebut.

Dalam pada itu, Maamor menempelak parti politik Melayu terutamanya yang mendakwa diri mereka berjuang atas landasan Islam, kerana turut bersekongkol dengan pihak bukan Islam bagi memburukkan Utusan sedangkan, hakikat sebenarnya mengesahkan pendedahan itu.

Jelasnya, parti politik tersebut sepatutnya mendapatkan maklumat daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam terlebih dahulu untuk mengetahui hal sebenar, dan bukannya mendahului pihak polis dalam menjatuhkan 'hukuman' ke atas Utusan.

Mengulas lanjut, beliau menambah, isu berhubung soal agama ini tidak boleh diselesaikan secara 'menyapu di bawah permaidani,' sebaliknya ia perlu disiasat dengan terperinci dan tindakan tegas perlu dikenakan kepada pihak yang cuba menidakkan Perlembagaan Persekutuan.

"Kita kena fokus kepada isu pokok iaitu cubaan untuk mencemarkan agama Islam. Penafian pihak tersebut sahaja tidak cukup. Polis kena siasat dengan terperinci dan selagi siasatan belum selesai semua pihak perlu bertenang. Serahkan perkara ini kepada pihak berkuasa," katanya.

KOMEN : ADAKAH KERAJAAN ATAU KDN AKAN TAHU KOMPLOT PIHAK TERTENTU UNTUK MENCABAR PERLEMBAGAAN MALAYSIA JIKA TIDAK DISIARKAN DI AKHBAR ARUS PERDANA? MUNGKIN SELAMA INI BANYAK KES-KES YANG CUMA DISOROK DIBAWAH KARPET UNTUK MENJAGA KETENTERAMAN AWAM. TAPI SAMPAI BILA KITA SEBAGAI ORANG MELAYU HARUS TUNDUK PADA PROVOKASI PUAK YANG TAK SEDAR DIRI TERUTAMA PUAK PAKATAN PEMBANGKANG. KDN DILIHAT TERLALU GOYANG DALAM MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB DAN UNDANG-UNDANG YANG MEREKA PIKUL. ADAKAH MEMADAI DENGAN HANYA MEMBERI AMARAN?

2 comments:

Onna said...

Assalam sayang daddy,

Selagi KDN dipegang oleh insan yang bernama Hishamuddin, ISA tidak akan digunakan...penakut tu .... asiklah amaran... dia ni kalau jadi polis... satu saman pun tak keluar... abis asik amaran ajer.... hahahaha...

AJAI62 said...

Assalam Sayang Mum

Cepat sangat melenting dan gabra. Siasat belum mendalam Utusan dah diberi amaran. Puak pembangkang punya cakap usahlah percaya... Boleh percaya ke apa itu paderi cakap sama Najib?. Langsung tak percaya dengan cina-cina ni...