DARI BERITA HARIAN ONLINE
2011/05/10
Perkembangan baru tuntut penjelasan peruntukan berkenaan
TULISAN saya pada minggu ini bukan bertujuan untuk menambah hangat isu 'agama Kristian sebagai agama rasmi'. Ia adalah untuk menjawab beberapa persoalan yang ditujukan kepada saya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), e-mel dan juga panggilan telefon selepas perkara ini diketengahkan.
Perkara sama ada benar atau tidak laporan laman sesawang yang menghebahkan perkara ini, biarlah pihak berwajib melakukan siasatan. Namun, sebagai seorang Islam, saya menganggap ia adalah isu besar yang perlu ditangani dengan matang.
Saya bersetuju dengan beberapa pandangan yang disebarluaskan media mengenai kedudukan Islam. Dari sudut sejarah, Islam adalah agama bagi negeri-negeri Melayu dan juga negeri Borneo sebelum kedatangan British. Tidak ada satu ruang pun dalam sejarah yang mengiktiraf agama lain dalam perundangan atau amalan atau upacara rasmi. Fakta sejarah ini tidak boleh diubah, walaupun ada kelompok yang mengajak kita supaya mengabaikan sejarah dan menumpukan kepada situasi semasa dan ke depan. Saya sentiasa menyebut bahawa sejarah ditulis di atas batu, bukan di atas pasir. Tulisan di atas batu itu tidak akan berubah, tetapi tulisan di atas pasir akan hilang ditiup angin atau dilanda ombak. Sejarah perlu dihargai.
Mengambil kira kedudukan Islam dan orang Melayu di Tanah Melayu, Perlembagaan Persekutuan meletakkan Islam sebagai bagi Persekutuan (Perkara 3(1)); agama bukan Islam hanya boleh diamalkan dalam keadaan aman dan damai tanpa mengganggu kedudukan Islam sebagai agama bagi Persekutuan (Perkara 3(1)); Islam adalah urusan negeri-negeri yang sepenuh di bawah kuasa Raja-Raja Melayu (Perkara 3 (2)(3); dan, Peruntukan Perlembagaan Persekutuan berkaitan kuasa raja-raja Melayu (termasuk perkara berkaitan Islam) tidak boleh dipinda tanpa perkenan Majlis Raja-Raja walaupun rang undang-undang pindaan berjaya mendapat dua pertiga majoriti (Perkara 159(5) dibaca bersama dengan Perkara 38(4)).
Fasal (4) Perkara 3 juga menjadi fokus perbincangan. Ia menyebut: “Tiada apa-apa jua dalam ini mengurangkan mana-mana peruntukan lain dalam Perlembagaan ini”. Saya menyebut fasal (4) ini kerana ia sering dijadikan hujah untuk merendahkan dan meremehkan kedudukan Islam sebagai agama bagi Persekutuan.
Walaupun hujah berkaitan peruntukan ini agak teknikal, sudah tiba masa untuk semua kita memahaminya kerana kita adalah pengguna sebenar. Kefahaman sebenar mengenai peruntukan berkaitan dapat membantu kita memahami Perkara 3 tanpa mudah dipengaruhi tafsiran terpesong. Diringkaskan mengenai tafsiran fasal (4). Pertama, kita perlu melihat kepada fasal (1) dalam Perkara 3. Fasal ini meletakkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan. Ia juga membenarkan agama lain diamalkan dalam keadaan aman dan harmoni. Perkara 3(4) menyatakan bahawa Perkara 3 (iaitu mengenai kedudukan Islam sebagai agama bagi Persekutuan) tidak akan mengurangkan kedudukan perkara lain dalam Perlembagaan.
Dalam membaca dan menafsir Perlembagaan, kita hendaklah sentiasa ingat bahawa, sebagai undang-undang tertinggi negara, setiap peruntukan yang dimasukkan mempunyai nilai tertentu. Oleh itu, walaupun fasal (4) itu berbunyi begitu, ini tidak bermaksud ia menidakkan nilai fasal (1). Fasal (1) tidak wujud dalam kekosongan. Ia mempunyai nilai tertentu yang disebut dalam Perkara-Perkara lain, seperti Perkara 11(4), 12(2), Jadual Keempat dan Perkara 150(6A).
Dari sudut sejarah penggubalan Perkara 3 pula, fasal (4) adalah satu bentuk kompromi bagi menangani kebimbangan orang bukan Islam mengenai kedudukan dan kebebasan beragama. Oleh itu, fasal (4) bukanlah menafikan kesan fasal (1) itu sendiri. Saya tegaskan sekali lagi bahawa, fasal (4) bukanlah bermaksud merendahkan atau meremehkan kedudukan Islam sebagai agama bagi Persekutuan. Sehubungan itu, kebebasan beragama yang dijamin Perlembagaan Persekutuan, sama ada menerusi Perkara 3 atau Perkara 11, tidak harus digunakan sehingga menggugat rasa tidak aman.
Oleh itu, sekiranya wujud gerakan (seperti disebut-sebut, ikrar paderi) yang boleh mengenepikan kedudukan Islam sebagai agama bagi Persekutuan, maka ia sudah tentu bertentangan dengan Perlembagaan. Golongan ini sudah menodai prinsip ‘aman dan harmoni’ dan prinsip keluruhan Perlembagaan.
Walaupun benteng perundangan mengenai kedudukan Islam agak kukuh dan menjadikan suasana selamat dan menyenangkan, perkembangan dalam tahun-tahun kebelakangan ini mengehendaki peruntukan itu diperjelas dan ditegaskan. Kadang kala, peruntukan undang-undang tidak dapat menyelesaikan semua masalah dan isu yang dibangkitkan sekiranya kita tidak begitu faham apa yang tersurat dan apa yang tersirat di dalamnya.
Saya tidak bermaksud untuk merendah-merendahkan Perlembagaan dan sistem perundangan negara, tetapi, suasana sosial dan politik ada kalanya berupaya ‘melupakan’ peruntukan perundangan yang ada. Oleh itu, dalam mengendalikan keadaan seumpama sensitiviti keagamaan ini, di samping mengambil kira pendekatan dengan benteng perundangan, pada masa sama, langkah lain juga perlu di ambil perhatian.
Penulis ialah Penolong Profesor Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

KOMEN : KITA KONGSI BERSAMA ARTIKEL PERLEMBAGAAN INI UNTUK KITA LEBIH MEMAHAMI..
No comments:
Post a Comment