Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 19 May 2011

AZIZAH DAN ANWAR


Pembaca Harakahdaily.net mahu Azizah sumpah laknat


KUALA LUMPUR 18 Mei - Seorang pembaca Harakahdaily.net, Wan Nasuha Wan Hassan hari ini meminta Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail bersumpah laknat atas nama Allah, bagi menafikan lelaki dalam video seks yang didedahkan trio 'Datuk T' bukan suaminya.

Ini kerana, tegas beliau, penafian lisan semata-mata oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sebelum ini, tidak mampu meyakinkan rakyat, bahawa pelaku dalam video seks tersebut bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan sebaliknya Wan Azizah pula yang diperlekehkan.

Pada masa sama, Wan Nasuha juga meminta Wan Azizah mengadakan sidang akhbar sebaik sahaja selesai bersumpah, bagi menunjukkan kepada umum bahawa jam tangan Omega milik Anwar 'berada' dalam simpanan beliau dan bukan dalam simpanan polis.

Menurut pembaca Harakahdaily itu lagi, Wan Azizah perlu mengambil tindakan tegas dan berani seperti itu, bukan sahaja bagi menamatkan 'fitnah' jijik terhadap Anwar tetapi yang lebih penting, untuk menyatukan semula ummah negara ini yang berpecah akibat pendedahan video seks.

"Hanya Wan Azizah sahaja di muka bumi ini yang berupaya menyelesaikan kekusutan ini. Beliau perlu akur bahawa isu video ini telah menjangkaui kepentingan peribadi, keluarga dan politik. Keharmonian ummah sudah terancam dan kestabilan negara telah tergugat.

"Hanya Wan Azizah yang mampu menyelamatkan ummah daripada terus dilanda musibah ini. Penafian lisan sahaja tidak cukup. Tambahan pula 'si isteri' adalah presiden parti yang berketua umumkan 'si suami'," katanya seperti dipetik dari http://harakahdaily.net.

Beliau yang sering menulis surat terbuka berkaitan isu semasa dan dipercayai aktivis Pas menambah, jika Presiden PKR itu bersumpah, segala 'fitnah' terhadap Anwar akan tamat kerana tiada insan rasional menolak kesahihan sumpah laknat apatah lagi, ia dilakukan sendiri oleh isteri kepada mangsa fitnah.

Dalam pada itu, Wan Nasuha berkeyakinan bahawa Wan Azizah sedar dan peka bahawa kewajipan Presiden PKR itu kepada Allah, untuk menegakkan kebenaran dan keadilan mengatasi segala pertimbangan duniawi.

"Sesungguhnya penyelesaian kepada isu ini terletak di tangan beliau. Saya amat berharap dan berdoa agar beliau menyambut baik cadangan ini. Seterusnya mengambil tindakan yang dicadangkan, insya-Allah," ujarnya lagi.

Mengenai pendedahan video seks yang dikaitkan dengan Anwar itu, Wan Nasuha berkata, sebagai isteri dan ibu, beliau bersimpati dan memahami penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh Wan Azizah sekeluarga.

Buktikan video seks itu palsu - Ahmad

PUTRAJAYA 18 Mei – Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa menggunakan kepakaran dari luar negara untuk membuktikan pelaku dalam video seks yang didakwa mirip wajahnya adalah rekaan dan tidak tulen.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, tindakan itu perlu diambil bagi menyanggah siasatan polis yang mengatakan bahawa video seks tersebut adalah tulen.

Katanya, selagi Anwar enggan berbuat demikian, rakyat akan percaya dakwaan polis yang turut mengaitkan pelaku video seks tersebut adalah tulen.

“Perkara ini sudah menjadi semakin mengelirukan rakyat dan menjadi berita sensasi yang tiada kata muktamad. Ia akan berpanjangan selagi beliau hanya menafikan tanpa berbuat apa-apa seperti menyaman Datuk Eskay atau menyokong penubuhan Suruhanjaya Diraja.

“Kalau macam kes liwat Anwar dahulu ada juga muktamadnya di mahkamah tetapi kes ini macam tergantung pula,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau mengulas pengesahan polis baru-baru ini bahawa rakaman video seks melibatkan pelaku didakwa mirip Anwar adalah tulen setelah pasukan itu mendapatkan khidmat pakar pengimejan video dari luar negara dipercayai Amerika Syarikat (AS).

Ahmad berkata, polis seharusnya mendedahkan pelaku sebenar video seks tersebut kerana kegagalan berbuat demikian mengundang pelbagai persepsi negatif masyarakat terhadap pihak berkuasa.

Katanya, berikutan keengganan polis itu juga menyebabkan sesetengah media dituduh menyebelahi sesuatu pihak dan menyebarkan fitnah walaupun bertindak melaporkan berita secara profesional.

“Polis perlu segera dedahkan siapa pelaku video seks itu dan mengambil tindakan undang-undang kerana ini kali kedua polis kata ia tulen tetapi masih berahsia tentang siapa pelakunya.

“Yang akan jadi mangsa tuduhan fitnah lagi ialah Utusan Malaysia dan bukannya orang lain. Ia tambah kacau lagi apabila ada pihak sanggup mengadakan demonstrasi di hadapan pejabat Utusan Melayu,” katanya.

KOMEN : BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH... USAHLAH SEMUANYA NAK DI POLITIKAN SEHINGGAKAN MARUAH DIRI SENDIRI DIPERMAINKAN DEMI MENGEJAR IMPIAN MENJADI PERDANA MENTERI. KALAU BERADA DIPIHAK YANG BENAR SAMANLAH MEREKA YANG TELAH DITUDUH OLEH PUAK PEMBANGKANG SEBAGAI PENABUR FITNAH... TAPI HENDAKLAH DENGAN BUKTI YANG JELAS DAN BUKAN DENGAN HANYA MENUDUH TANPA BUKTI. JALAN PENYELESAIAN TERLETAK DITANGAN AZIZAH DAN ANWAR, ATAUPUN MEREKA MASIH MAHU TERUS BERPOLITIK DENGAN TERUS MEMPERMAINKAN MARUAH DIRI DAN KELUARGA.

No comments: