Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my
Muhyiddin Yassin melihat buku terbitan IIM selepas melancarkannya sempena Majlis Perasmian Syarahan Perdana di IIM di Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan ialah Mohd. Sidek Hassan (kiri).
KUALA LUMPUR 5 Mei – Tahap kebolehpercayaan institusi kerajaan di mata rakyat dalam konteks politik hari ini amat bergantung kepada sejauh mana pemerintah dan penjawat awam berjaya mengelakkan diri daripada terjebak dengan rasuah serta salah guna kuasa.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, hakikatnya di dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi adalah tindak-tanduk pemerintah dan penjawat awam tidak pernah terlepas daripada pandangan masyarakat.
“Betapa ramai pemimpin dunia yang gugur dan kerajaan yang tersungkur akibat terpalit dengan amalan rasuah dan salah guna kuasa.
“Sehubungan itu, memerangi amalan rasuah adalah jihad paling utama bagi setiap kerajaan yang berintegriti,’’ katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan syarahan perdana integriti bertajuk Agenda Integriti Nasional sempena ulang tahun ketujuh Pelan Integriti Nasional (PIN) dan Institut Integriti Malaysia (IIM), di sini hari ini.
Turut hadir, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan dan Presiden IIM, Datuk Dr. Mohd. Tap Salleh.
Timbalan Perdana Menteri dalam syarahannya turut berkata, persoalan rasuah tidak hanya berlegar di sekitar nafsu para penguasa, sebaliknya ia turut melibatkan pemberi dan penerima rasuah.
“Seperti kata bidalan ‘bertepuk sebelah tangan masakan berbunyi’. Kedua-duanya sanggup melakukan rasuah kerana kuasa yang dimiliki dan kelahapan mereka untuk menerima habuan akibat penyalahgunaan kuasa,’’ katanya lagi.
Beliau berkata, dari segi agama, amalan rasuah juga merupakan satu jenis perbuatan terkutuk dan amat dilarang.
“Rasulullah SAW di dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh at-Tarmizi pernah bersabda yang bermaksud ‘Penerima dan pemberi rasuah di dalam api neraka’.
“Jelas, pemberi dan penerima rasuah adalah pelaku jenayah yang terkutuk sama ada di sisi undang-undang negara, norma masyarakat mahu pun agama,’’ katanya lagi.
Muhyiddin di dalam syarahannya turut membawa pandangan tokoh-tokoh terdahulu yang membicarakan rasuah dan kesannya sama ada pada masyarakat atau negara.
Beliau berkata, seorang sarjana Islam iaitu Ibnu Khaldun dalam karya agungnya bertajuk Muqaddimah telah mengaitkan rasuah dengan persoalan moral.
Ujarnya, menurut tokoh Islam itu, keinginan untuk mengecap kemewahan hidup berlebihan mendorong mereka yang mempunyai kuasa untuk terjebak dalam amalan rasuah.

KOMEN : SPRM TERUSKAN USAHA ANDA UNTUK MEMERANGI RASUAH, RAKYAT MALAYSIA AKAN BERSAMA ANDA UNTUK MEMASTIKAN PEMBERI DAN PENERIMA RASUAH DIHUKUM.
2 comments:
Assalam sayang Daddy,
Bila lah yang patut kena nak kena ek? Makin terseksa kami dibuatnya..
Assalam Syg Mum
Dah report ke? Kalau tak ada report sampai reputlah orang tu duduk disitu...hehehee
Post a Comment