Oleh Zulkefli Hamzah
DARI UTUSAN MALAYSIA
24.5.2011
SEMAKIN ramai orang politik yang memanfaatkan kebaikan orang lain dan tanpa disedari, orang baik itu sebenarnya sedang diperalatkan untuk mengembangkan kejahatan. Inilah realiti kehidupan politik yang semakin berkembang sekarang.
Lihatlah pembohongan dan kejahatan yang berlaku sekarang. Malah dalam kesungguhan kononnya mencari kebenaran, mereka sanggup pula mereka-reka pembohongan lain. Tujuannya supaya kebenaran yang nantinya akan tersingkap, akan terus diragui dan dipersoalkan.
Sebab itu dalam kebanyakan isu seperti tidak ada penyudahnya. Malah tanpa disedari, permainan pembohongan dan penafian ini hanya menebalkan lagi tembok perselisihan dan memarakkan api permusuhan.
Kita seperti terperangkap dalam permainan itu dan terus terkial-kial tidak dapat keluar daripada sempadan pembohongan. Lebih teruk, masih ramai seakan-akan hilang segala deria untuk menghidu mana satu yang bohong, mana satu yang benar.
Tetap ada dua kumpulan besar - yang percaya dan yang tidak walaupun kita tahu kumpulan di atas pagar yang tidak ambil peduli dengan permainan ini masih merupakan suara penentu. Mereka ini lebih suka menentukan pendirian masing-masing di peti undi. Dan realitinya kita tahu siapa yang mereka pilih setakat ini.
Jika boleh ditoleh masa lampau, bilakah gegak gempita permainan bohong dan nafi ini mula dirasai menyelubungi politik Malaysia? Tentunya ramai bersetuju jika ada yang menyatakan ia bermula sejak 1998.
Dan ia bertambah ekstrem sejak pilihan raya umum 2008. Sejak Mac 2008 itu, semua hal yang berlaku di negara ini mahu dikaitkan dengan permainan politik atau sekurang-kurangnya ada aroma politik.
Sejak tarikh itu suhunya seakan tidak berubah. Darjah celciusnya sentiasa tinggi dan panas. Mujurlah Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mudah digoda untuk mengikut rentak tari politik sebelah sana itu.
Bayangkanlah godaannya apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), polis, hakim dan bermacam lagi agensi penguat kuasa undang-undang mahu dimasukkan dalam wilayah politik. Sedangkan yang mereka dendangkan ialah ketelusan, kebebasan dan keadilan.
Godaannya juga bukan kepalang supaya kerajaan UMNO/BN terikut-ikut permainan bohong dan nafi ini. Godaan untuk ‘berperang’ dalam permainan itu bukan sahaja datang daripada orang seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi Lim Guan Eng (DAP) dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (Pas).
Malah dalam ketika tertentu, Ketua Menteri Pulau Pinang dan Menteri Besar Kelantan itu pula yang dilihat terlebih-lebih dalam permainan ini. Tanpa bertapis-tapis lagi, pelbagai fatwa dan hukuman dijatuhkan.
Ambil kes Datuk Seri Anwar Ibrahim melawan Mohd. Saiful Bukhari Azlan. Kesnya mudah iaitu antara seorang pembantu peribadinya dengan Anwar. Tetapi bagaimana boleh pula dikaitkan dengan konspirasi UMNO/Barisan Naisonal hanya apabila Saiful mendakwa diliwat oleh majikannya itu?
Apabila Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah memutuskan supaya beliau membela diri, Anwar dengan sigap pula mempertikaikan keputusan hakim. Bagaimana jika hakim memutuskan pendakwaraya gagal membuktikan kes prima facie? Adakah itu baru bermakna ada keadilan?
Begitu juga sama jalan ceritanya apabila Datuk Shazryl Eskay Abdullah, yang selama ini diketahui sebagai rakan rapat Anwar sejak masih dalam kerajaan lagi, mendedahkan rakaman video seks mirip Ketua Pembangkang itu. UMNO/BN juga yang dipersalahkan.
Pembangkang sentiasa mempunyai koleksi pihak yang boleh menanggung kesilapan dan kelemahan yang mereka lakukan. Apabila Ahli Parlimen PKR berpaling tadah, jawapannya ialah UMNO membeli mereka. Apabila perjalanan parti tidak lancar, UMNO/BN jugalah yang sabotaj.
Malanglah orang lain yang tidak mengikut telunjuk mereka. Apakah yang mungkin akan berlaku kepada ‘ketelusan, kebebasan dan keadilan’ jika orang yang bersikap sebegini berkuasa nanti? Apakah yang akan berlaku kepada sebuah kerajaan yang enggan mengakui kelemahan, yang belum pun berkuasa tapi mengaku tahu segala-galanya.
Sebenarnya kita telah melihat contohnya. Di Selangor, kita lihat bagaimana mereka geram apabila SPRM menyoal siasat eksekutif kerajaan negeri. Sedangkan mereka lupa, eksekutif di negeri itu memang terdedah dengan pelbagai dakwaan sejak zaman berzaman. Eksekutif kerajaan negeri dulu pun disiasat dan tiada pula suara bantahan.
Di Pulau Pinang pula, entah berapa kali Guan Eng menyalahkan pihak lain khususnya media apabila berlaku pendedahan yang menimbulkan kemarahan umum. Cuba imbas semula ke mana akhirnya isu doa khutbah Jumaat dan dakwaan lidah biawak.
Jika politikus di negara lain akan segera meletak jawatan atau sekurang-kurangnya memohon maaf apabila berlaku kesilapan kerana manusia itu tidak alpa daripada berbuat demikian, budaya itu tidak dipertontonkan di negara ini terutamanya oleh orang yang sepatutnya memberikan tauladan.
Yang lagi lucu apabila akhbar Suara Keadilan memetik Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din bahawa membaca Utusan Malaysia adalah haram. Kemudian Haron segera memperbetulkan laporan itu ‘‘Itu bukan perkataan saya, kita perlu adil kepada semua, saya sendiri baca Utusan, tak kan saya baca saya kata haram.
Selepas itu kita tidak mendengar atau membaca pun di mana-mana akhbar itu meminta maaf atau membuat ralat sebagaimana etika yang sepatutnya dijunjung jika tersalah lapor. Cuba bayangkan gegarnya jika Utusan yang membuat laporan seperti itu.
Yang kita ketahui, politikus di negara ini lebih gemar membuat penafian demi penafian, kalau tidak pembohongan demi pembohongan demi untuk kepentingan sempit. Jika pula siasatan atau bukti pihak berkuasa mendapati sebaliknya, mereka pula menyalahkan pihak itu sebagai alat dan turut bersekongkol berkonspirasi.
Memang kita sangat mengharapkan politik nafi dan bohong itu akan segera menemui sempadannya. Ia sudah cukup banyak membazirkan tenaga dan fikiran seluruh elemen negara dan bangsa ini. Kehidupan rutin kita terlalu sarat dengan beban tambahan itu. Cukup cukuplah.

KOMEN : PUAK PEMBANGKANG NI KALAU TIDAK BERBOHONG BUKANLAH NAMANYA PEMBANGKANG. NAK MENANG PRU,PRK,PRN PUN TERPAKSA MENGGUNAKAN MODAL BOHONG DENGAN AIR LIUR BERSEMBURAN MEMAKI DAN MEMFITNAH ORANG LAIN. DAH MENANG PUN MASIH NAK BERBOHONG PADA RAKYAT YANG DIPERINTAH... MACAMANA TU?... JANGAN LAYAN ORANG GILA NANTI KITA PUN DISANGKA GILA..
No comments:
Post a Comment