Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday 18 May 2011

Bertindak tegas terhadap AMK


Oleh MOHD. RAFIE AZIMI
rafie.azimi@utusan.com.my



Kelmarin, lebih 100 penyokong Anwar Ibrahim telah berkumpul dan membuat kecoh di Mahkamah Tinggi Jenayah, Jalan Duta, Kuala Lumpur.



KUALA LUMPUR 17 Mei – Kerajaan digesa bertindak tegas terhadap penyokong-penyokong pembangkang khususnya Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang dilihat gemar menimbulkan kekecohan setiap kali wujud isu yang tidak memihak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berpendapat, ‘tukang-tukang’ kecoh itu seakan terlalu diberi muka sehingga seringkali berbuat demikian dalam apa jua isu termasuk sewaktu lafaz sumpah laknat Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan sebutan kes Anwar semalam.

Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Irwan Fahmi Ideris berkata, adalah jelas para penyokong Anwar yang sering membuat kecoh itu bertindak bukan untuk mencari keadilan.

“Sebagai manusia, kita tentunya mahu mencari kebenaran melalui jalan yang betul, tetapi tindakan berterusan penyokong tegar Anwar ini seumpama menghalalkan benda yang haram.

“Sepatutnya keputusan mahkamah dihormati dan tidak ditentang kerana ia berasaskan bukti dan alibi yang dikaji. Tindakan para penyokong itu secara tidak langsung menggambarkan seolah-olah orang yang disokong itu bersalah,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Semalam lebih 100 penyokong Anwar berkumpul dan membuat kecoh di pekarangan mahkamah ketika keputusan sama ada ketua pembangkang itu perlu membela diri dalam kes liwatnya didengar.

Pelbagai kata-kata kesat dihamburkan terhadap barisan kepimpinan negara sementara provokasi dilakukan terhadap wartawan dan jurugambar beberapa wakil media termasuk TV3, Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Utusan Malaysia.

Kekecohan itu bukan pertama kali ditimbulkan AMK. Sebelum ini mereka turut melakukan perkara sama dalam cubaan menghalang Shazryl Eskay daripada menyempurnakan sumpah laknat pada 29 April lalu di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul, di sini.

Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Abdul Karim turut meminta agar tindakan keras diambil terhadap para penunjuk perasaan itu.

“Mereka cuba mengganggu dan menakut-nakutkan orang awam. Saya hairan kenapa tindakan tegas tidak diambil kerana kawasan mahkamah sepatutnya mempunyai kawalan ketat.

“Kepada orang muda dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR), belajarlah mematuhi undang-undang untuk menjadi pemimpin yang baik. Keadilan tidak dapat ditegakkan melalui tindakan hooligan,” katanya.

Sementara itu aktivis pengguna, Datuk Nadzim Johan meminta semua pihak agar tidak menyekat proses perjalanan undang-undang bagi menentukan kebenaran.

“Mana boleh hendak semua kes berpihak kepada kita saja. Lagi pun, kes ini masih di peringkat awal di mana Anwar berpeluang membuktikan dirinya tidak bersalah dengan dipanggil membela diri.

“Tindakan para penyokongnya itu menunjukkan mereka cuba menjadi defensif. Ia hanya mewujudkan rasa tidak selesa dan bosan orang ramai terhadap kekecohan ditimbulkan,” ujarnya.

KOMEN : NAK JADI PEMIMPIN NEGARA MALAYSIA KONON, CITA-CITA TINGGI MELANGIT TAPI AKAL PENDEK! SIKIT-SIKIT MERUSUH DAN MEMBUAT KECOH. PERANGAI MENGALAHKAN ORANG YANG TAK ABIS SEKOLAH.. MEMALUKAN... ITU BELUM LAGI DIDAPATI BERSALAH.... AGAKNYA KALAU BOSS MEREKA KANTOL MAHU DIBAKARNYA MAHKAMAH ITU....ORANG-ORANG MACAM NI KITA KENA BERTEGAS, JANGAN BAGI MUKA..

No comments: