Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday 6 May 2011

RAKYAT SELANGOR PERLU SOKONG


PM ajak ahli UMNO bangkit tawan Selangor




SHAH ALAM 5 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru seluruh ahli UMNO termasuk pemimpin veterannya agar menguatkan iltizam untuk bangkit semula memastikan Barisan Nasional (BN) berkuasa kembali di negeri ini.

Perdana Menteri menegaskan, seluruh ahli parti keramat itu perlu bersama-sama untuk membetulkan segala kelemahan dan kezaliman kerajaan negeri sekarang.

"Jangan biarkan maruah kita tercemar dan tercalar. Kita wajib kembalikan kuasa ke tangan UMNO sebagai parti keramat.

"Kita mesti susun semula barisan, kuatkan semangat dan iltizam untuk bangkit dengan penuh semangat bagi menebus kekalahan," tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis Malam Pemimpin Bersama Rakyat - Rakyat Didahulukan di Pusat Konvensyen Shah Alam di sini malam ini

Hadir sama Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Noh Omar dan Pengerusi Veteran UMNO Malaysia (Selangor), Datuk Abd. Samad Maharuddin.

Majlis itu dianjurkan oleh Veteran UMNO Malaysia (Selangor) dan dihadiri lebih 1,000 pemimpin dan ahli veteran UMNO Selangor.

KOMEN : BANGUNLAH RAKYAT SELANGOR DARI MIMPI NGERI DEMI MASA DEPAN ANAK CUCU KITA.. JANGANLAH KITA DIKATAKAN INSAN LEMAH DI KEMUDIAN HARI KERANA MENGGADAI KEDAULATAN BANGSA MELAYU SEMATA-MATA MENGIKUT EMOSI DAN MEREBUT KUASA YANG HANYA TINGGAL SISA JIKA PERPADUAN ORANG MELAYU/ISLAM MASIH BERCELARU....

2 comments:

Onna said...

Assalam syang daddy,

Patutnya dah celik dah mata dorang2 nih...tapi tak taulah kalau hati dah mati, telinga dah pekak... kita nantikan perubahan pada PRU13 nanti...insyaAllah...

AJAI62 said...

Assalam Syg Mum

Insyaallah BN menang semula...amin