Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday 20 May 2011

Pendidikan agenda perjuangan tertinggi


DARI UTUSAN MALAYSIA
20.5.2011




Ismail Lasim (tengah) bergambar bersama sebahagian pelajar selepas Majlis Penyerahan Surat Tawaran Pelajar MDAB dan Diploma UiTM di Kuala Pilah, kelmarin.

KUALA PILAH 19 Mei - Para pemimpin negara sentiasa meletakkan pendidikan anak bangsa sebagai agenda perjuangan yang paling tinggi.

Exco kerajaan negeri, Datuk Ismail Lasim berkata, hanya melalui pendidikan, rakyat mampu mengubah taraf sosial mereka serta membawa bangsa Malaysia sebaris dengan bangsa yang maju di dunia.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Infrastruktur, Air, Tenaga dan Telekomunikasi negeri itu berkata, kesungguhan para pemimpin negara itu antaranya boleh dilihat melalui pengenalan program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) yang dianjurkan oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Katanya, MDAB adalah program yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bertujuan memberi peluang kepada pelajar yang berasal daripada keluarga miskin dan berpendapatan rendah mengikuti pengajian di UiTM seluruh negara.

"Perdana Menteri merangka program ini dengan butiran yang terperinci kerana mahu melihat rakyat yang kurang bernasib baik diberi peluang melanjutkan pelajaran kerana ia dapat mengubah taraf kehidupan sosial mereka," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Surat Tawaran Pelajar MDAB dan Diploma UiTM cawangan negeri ini di sini semalam.

Turut hadir Rektor UiTM cawangan negeri ini, Prof. Madya Zaludin Sulaiman.

Pada majlis itu, sebanyak 54 pelajar dari daerah ini menerima surat tawaran tersebut yang disampaikan oleh Ismail dan mereka akan mendaftar di kampus UiTM di sini pada Sabtu dan Ahad ini.

Sebahagian mereka akan mengikuti program Pra-Diploma Perdagangan manakala sebahagian lagi akan mengikuti program Pra-Diploma Sains selama enam hingga 12 bulan.

Ismail memberitahu, para pelajar MDAB dianggap bertuah kerana mereka bukan saja diberi elaun RM400 sebulan, malah diberi duit tambang sebanyak RM50, yuran pengajian dan asrama percuma serta tuisyen oleh para pensyarah.

KOMEN : KEPADA ANAK BANGSA YANG BERJAYA TAHNIAH DAN GUNAKAN PELUANG YANG DIBERIKAN UNTUK MENGUBAH NASIB DIRI DAN KELUARGA, SELAMAT BERJAYA...

No comments: