PM minta rakyat bertenang
Oleh Noraini Abd. Razak
JAKARTA 8 Mei – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat bertenang berhubung dakwaan wujudnya usaha pihak tertentu mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara sehingga siasatan mengenainya selesai.
Katanya, dakwaan tersebut tidak akan memberi faedah kepada sesiapa pun, justeru mana-mana pihak sama ada pembangkang atau penyokong kerajaan tidak boleh dan tidak sepatutnya mengeksploitasi isu tersebut.
‘‘Sebab itu kita tidak boleh buat terburu-buru, kena siasat dulu. Saya tidak mahu membuat kesimpulan tanpa bukti.
‘‘Biar kita siasat (dakwaan ini) dan yang penting jangan membesarkan cerita ini sebab ia boleh menjadi api dalam sekam.
‘‘Kalau tidak bendung, boleh jadi polarisasi yang amat serius dalam masyarakat kita,’’ katanya kepada kumpulan wartawan Malaysia selepas mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono di sini hari ini.
Perdana Menteri yang berada di sini sejak Jumaat lalu bagi mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-18 ditanya laporan Utusan Malaysia kelmarin mengenai pertemuan paderi dari seluruh negara di Pulau Pinang yang antara lain didakwa membawa agenda menjadikan Kristian agama rasmi Persekutuan.
Laporan tersebut memetik laman blog http://bigdogdotcom.wordpress.com menerusi entri bertajuk Making Christianity the official religion? dan blog Marahku di http://marahku.blogspot.com.
Mengulas lanjut, Perdana Menteri mengingatkan bahawa agama adalah perkara sensitif dan semua pihak mesti menjaga keadaan supaya tidak berlaku sesuatu yang boleh mencetuskan ketegangan di kalangan rakyat.
Katanya, Malaysia berpegang kepada peruntukan Perlembagaan yang menetapkan Islam adalah agama rasmi dan di samping itu, agama-agama lain bebas dianuti.
Tegas Perdana Menteri, prinsip tersebut sangat penting dan dijadikan antara sendi utama pembentukan Malaysia yang tidak boleh dipersoalkan oleh sesiapa.
‘‘Kalau ada sesiapa yang cuba gugat ketenteraman negara kita, kita tak akan benarkan perkara ini berlaku. Yang penting adalah keharmonian Malaysia,’’ katanya.
Ditanya kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa pilihan raya hanya boleh diadakan tahun depan berikutan masalah perkauman yang masih menebal, Najib berkata, setiap orang mempunyai pandangan sendiri.
Bagaimanapun, kata Najib, pilihan raya diputuskan berdasarkan banyak faktor sambil enggan mengulas lanjut. – UTUSAN

KOMEN : KITA TUNGGU DAN LIHAT APA TINDAKAN KERAJAAN SETERUSNYA. RAKYAT BOLEH BERTENANG TETAPI KALAU PENGUATKUASAAN KERAJAAN TIDAK MEMAINKAN PERANAN YANG DIHARAPKAN TERUTAMA KDN DAN PDRM, KEPERCAYAAN RAKYAT AKAN TERHAKIS, SOKONGAN RAKYAT KEPADA BN AKAN MERUNDUM. BILA MELAYU/ISLAM BERPECAH BELAH, PUAK OPORTUNIS MENGAMBIL KESEMPATAN ATAS KELEMAHAN ITU.
No comments:
Post a Comment