Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 26 May 2011

CINA INI KATA UMNO RASISLAH...


JANGAN TUMPU UNDI MELAYU SAHAJA
DARI UTUSAN MALAYSIA
26.5.2011




TIMBALAN Pengarang Sin Chew Daily, Lim Swee Guan dalam akhbar terbitan 23 Mei 2011 menulis mengenai perubahan strategi UMNO yang dilihat sengaja mencetuskan isu-isu kaum dan agama bagi menarik sokongan orang Melayu.

Artikel bertajuk ‘Keadaan yang agak luar biasa’ disiarkan di muka surat 32 dalam ruangan Sudut Pendapat.

Kita hairan kerana beberapa isu berkaitan kaum dan agama yang ditimbulkan pihak tertentu baru-baru ini tidak diselesaikan dengan cepat sedangkan kerajaan sebelum ini telah meredakan perkara itu dengan pantas seperti isu pembakaran gereja dan penyitaan Injil.

Kita juga tertanya-tanya mengenai perubahan sikap pemimpin konservatif UMNO seperti Mohamed Nazri.

Sebelum ini beliau mengkritik Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dengan sekeras-kerasnya, tetapi sekarang apabila Presidennya, Datuk Ibrahim Ali menganjurkan ‘perang jihad’, beliau menganggap itu adalah kebebasan bersuara dan dibolehkan.

Mohamed Nazri turut mengkritik Ka Siong yang dituduhnya cuba menjadi hero dalam isu pemberian biasiswa JPA.

Pemuda UMNO dan ahli-ahli Perkasa juga berkumpul di hadapan ibu pejabat Utusan Melayu bagi menunjukkan sokongan mereka terhadap akhbar Utusan Malaysia yang dianggap memperjuangkan kepentingan orang Melayu.

Perubahan sikap dan strategi yang bermula selepas Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) kalah di kawasan bandar yang kebanyakannya didiami kaum Cina jelas menunjukkan sebahagian daripada ahli dan pemimpin UMNO menganggap MCA sudah tidak lagi berfungsi.

Oleh itu, mereka perlu mempertahankan dan meraih lebih banyak sokongan daripada pengundi Melayu, supaya dapat mengimbangi kehilangan sokongan pengundi Cina di kawasan-kawasan bandar.

Pemimpin-pemimpin UMNO juga dilihat melambai-lambai tangan kepada Pas dengan harapan kedua-dua parti dapat duduk bersama-sama bagi membincangkan soal perpaduan orang Melayu, supaya Pas dapat meninggal pihak pembangkang dan menyertai BN.

Pas kini meraih 30 peratus sokongan orang Melayu. Jika dicampur sokongan kaum itu terhadap UMNO, BN sudah pasti akan kekal memerintah selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13.

Rancangan mewujudkan kerjasama antara kedua-dua parti sebenarnya telah dimulakan pada Mac 2008, apabila kumpulan konservatif dalam Pas bermesyuarat secara rahsia dengan wakil UMNO untuk menubuhkan kerajaan bersama.

Selepas itu, kerana tekanan daripada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mereka terpaksa abaikan rancangan itu.

Bagaimanapun, sama ada kerjasama ini dapat disambung semula atau tidak adalah bergantung kepada proses pemilihan pucuk kepimpinan tertinggi Pas pada awal bulan depan.

Jika Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Mohamad Sabu dapat mengalahkan penyandang jawatan Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa dan kumpulan sealirannya yang bersikap terbuka menguasai Majlis Perwakilan Pusat sudah pasti parti itu akan kekal bersama-sama pihak pembangkang.

Dalam pada itu, jika dilihat sikap agresif UMNO untuk mendapatkan sokongan daripada kalangan pengundi Melayu sekarang, maka dijangka PRU Ke-13 paling cepat akan diadakan pada akhir tahun ini.

Kita juga meramalkan lebih banyak isu akan dibangkitkan oleh UMNO bagi menekan MCA, Gerakan dan MIC sehingga parti-parti berkenaan tidak lagi dianggap sebagai parti yang penting.

Satu lagi perkara yang sangat merisaukan adalah adakah perubahan strategi UMNO ini akan menyebabkan dasar-dasar kerajaan bertukar menjadi lebih konservatif?

Ini termasuk adakah Perkasa akan dibiarkan supaya aktiviti mereka menjadi lebih meluas lagi? Dalam Perkasa, ramai orang yang kecewa duduk di dalamnya dan ini akan menyebabkan pertubuhan itu sukar untuk dikawal.

Bagaimanapun, kita berharap UMNO tidak mengubah strateginya itu kerana dalam keadaan inflasi yang semakin memburuk, tumpuan setiap parti adalah untuk menyelesaikan masalah ekonomi negara, menarik pelabur asing dan cerdik pandai pulang ke tanah air.

Kita harus mengambil pengajaran daripada sejarah iaitu apabila ekonomi merudum, sudah tentu kekayaan negara akan susut dan pembahagian kekayaan tidak akan mencukupi.

Ketika itu teriakan kaum-kaum lain akan lebih lantang. Contohnya, ketika inflasi melanda negara pada 1987, banyak kaum yang melahirkan perasaan tidak berpuas hati sehingga memaksa kerajaan menjalankan Operasi Lalang.

Sebenarnya, sikap UMNO yang tidak menghiraukan untuk mengembalikan sokongan pengundi kawasan-kawasan bandar adalah tidak bijak. Ini kerana di bandar juga mempunyai pengundi muda, kaum India serta orang Sabah dan Sarawak yang bukan beragama Islam.

Sikap UMNO yang sering mengubah strategi politiknya hanya akan menyebabkan keyakinan pengundi semakin terhakis dan akhirnya parti itu akan hilang segala-galanya.

KOMEN : ORANG MELAYU KENA INGAT, BILA ORANG CINA DAH MULA SALAHKAN UMNO KERANA PARTI MCA, GERAKAN DAN MIC TIDAK MENDAPAT SOKONGAN KAUM MEREKA SENDIRI. SI CINA LIM NI MULA MENYALAHKAN UMNO, PERKASA DAN MENTERI MELAYU YANG KONONNYA CUBA BERMAIN DENGAN API PERKAUMAN. DENGAN BANGGANYA CINA INI MEMPERSOALKAN KENAPA UMNO DAN PAS PERLU BERSATU BAGI PERPADUAN ORANG MELAYU DAN BERHARAP SANGAT PAS AKAN TETAP KEKAL DENGAN PUAK PEMBANGKANG JIKA MAT SABU MENANG SEBAGAI TIM. PRESIDEN PAS... KENAPA CINA NI TAKUT SANGAT DENGAN PERPADUAN ORANG MELAYU? APA YANG TERSIRATNYA LIM NI CUBA MEMBANGKITKAN KEMARAHAN ORANG CINA TERHADAP UMNO.... SEPERTI LIM KIT SIANG YANG TAKUT ORANG MELAYU MENYOKONG UMNO SEMULA... BANGUNLAH DAN SEDARLAH ORANG MELAYU...

No comments: