Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 16 May 2011

Bertindak ke atas semua pihak


Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
shofi.isa@utusan.com.my



KUALA LUMPUR 14 Mei - Semua agensi penguat kuasa diingatkan supaya tidak hanya berani mengambil tindakan undang-undang ke atas sesama sendiri atau sesama kaum sahaja.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, pihak berkuasa seharusnya mengambil tindakan undang-undang ke atas semua pihak dan kaum.

"Kementerian Dalam Negeri selain berani memberi amaran atau memanggil Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, perlu tegas dengan akhbar-akhbar Cina dan penulis blog yang menghina Islam. Apa dilakukan Utusan Malaysia ada baiknya sebagai peringatan.

"Apabila tembelang terbongkar, macam-macam penafian dibuat tetapi apabila bertemu, pasti macam-macam perkara timbul dalam perbualan. Saya tidak hairan dengan penafian," katanya kepada Mingguan Malaysia, di sini hari ini.

Kementerian Dalam Negeri semalam, telah memanggil Ketua Pengarang Kumpulan Utusan bagi menyerahkan surat teguran ekoran laporan muka depan Utusan Malaysia mengenai pertemuan paderi dari seluruh negara di Pulau Pinang yang antara lain membawa agenda menjadikan agama Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan.

Perkara itu didedahkan dalam dua laman blog iaitu bigdog di http://bigdogdotcom.wordpress.com menerusi entri bertajuk Making Christianity the official religion? dan blog Marahku di http://marahku.blogspot.com.

Bagaimanapun, kumpulan pemimpin Kristian dalam pertemuan dengan Perdana Menteri semalam telah memberi pengakuan bahawa mereka menghormati kedudukan Islam sebagai agama rasmi dan tiada hasrat mencabar peruntukan itu dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ibrahim berkata, Perkasa berasa lega apabila kumpulan pemimpin Kristian memberi pengakuan mereka menghormati kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara.

"Walaupun agama lain bebas diamalkan, tetapi ia tidak sama dengan kedudukan Islam dari segi Perlembagaan. Begitu juga kena mengambil kira adat resam dan budaya Melayu," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali berkata, terdapat portal berita yang kerap menyiarkan kenyataan pelbagai pihak yang sama sekali tiada asas serta boleh mendatangkan kemarahan banyak pihak.

"Contohnya The Malaysian Insider baru-baru ini menyiarkan kenyataan seorang peguam Melayu berkaitan dengan isu Islam bukan agama rasmi Persekutuan, ia adalah lebih dahsyat daripada laporan Utusan Malaysia.

"Secara terang-terangan kenyataan itu salah dan tidak perlu disiasat lagi. Ia mendatangkan kemarahan umat Islam yang bertindak membuat beberapa laporan polis," katanya.

Namun, katanya, isu Utusan Malaysia mengeluarkan kenyataan seorang penulis blog mengenai agenda menjadikan agama Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan itu masih perlu disiasat kerana ia mungkin betul.

KOMEN : KDN TIDAK AKAN BERANI BERTINDAK ADIL SELAGI MENTERI YANG MENERAJUINYA DILIHAT TIDAK PROAKTIF DAN TIADA KEBERANIAN MEMIKUL TANGGUNGJAWAB YANG DIAMANAHKAN. YANG PALING KUAT DIA PUNYA MELATAH IALAH "SAYA BERI AMARAN........" DILIHAT SELALU BERTINDAK BILA ADA ARAHAN DARI PM. APA NAK KATA BILA MENTERI PUN MEMBUAT KEPUTUSAN BERPILIH DALAM MENCARI POPULARITI UNTUK DIRI SENDIRI. ADAKAH KITA SEBAGAI RAKYAT MEMPUNYAI PILIHAN?

No comments: