Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 3 May 2011

SUMPAH LAKNAT



Lafaz Sumpah Shazryl Eskay
UTUSAN MALAYSIA 30/4/2011

"WALLAHI, WABILLAHI, WATALLAHI Aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang telah dirakam pada 21.2.2011 dan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut. Sekiranya aku melakukan fitnah dalam kenyataan bersumpah ini, maka ALLAH akan melaknat akan diriku."

Itulah kata-kata (lafaz) yang keluar dari mulut Eskay sendiri. Beliau sanggup melaksanakan sumpah laknat bagi menegakan kebenaran demi Agama ,Bangsa dan Negara dari diputarbelitkan oleh puak pembangkang. Apa pun segala cemuhan yang diterima oleh Eskay adalah sama ketika Saiful membuat sumpah laknat terhadap Anwar... Berperangai samseng dan suka merusuh memang sinonim dengan puak PKR dan puak pembangkang. Kesucian Masjid sanggup dicemari demi membela seorang petualang yang hendak menghapuskan perpaduan orang Melayu semata-mata kebulur nak menjadi PM.

Kata DS Najib - " Kalau Eskay mahu bersumpah laknat atau Anwar (DSAI) tidak mahu bersumpah laknat itu adalah urusan peribadi masing-masing"

DS Najib menafikan terus penglibatan UMNO dalam kes video ini.

"Apa sahaja yang berlaku dalam Masjid (termasuk sumpah laknat) tidak salah dari segi peraturan selagi pentadbiran masjid mengizinkannya. Kesucian masjid perlu dijaga"

Perangai busuk penyokong Anwar terserlah bila membuat kecoh dan menggangu ketenteraman awam di dalam masjid selepas selesai sembahyang Jumaat. Motif mereka hanyalah untuk menghalang Eskay dari membuat sumpah laknat. Kenapa mereka tidak menyuruh Anwar melakukan sumpah laknat untuk menafikan beliau adalah pelaku seks dalam video tersebut?

No comments: