Putrajaya
DARI UTUSAN MALAYSIA
3.5.2011
HANYA bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dapat melihat motif sebenar Bank Dunia membuat kenyataan bahawa Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Pasca DEB yang tidak meritokrasi menjadi punca penyusutan pertumbuhan ekonomi negara Malaysia dan brain drain (profesional yang berhijrah ke luar negara).
Jika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui brain drain sebagai suatu masalah yang perlu penyelesaian, Dr. Mahathir lebih melihat dari segi motif politik kenyataan itu dibuat.
Mahathir berpendapat sikap Bank Dunia itu adalah kerana kecewa rakan baik mereka tidak menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Malah bukanlah ini pertama kali bank itu mengkritik dasar keistimewaan yang diberikan oleh kerajaan Malaysia terhadap bumiputera, tetapi mereka telah menimbulkan anggapan negatif terhadap Malaysia dari masa ke masa. Alasan yang digunakan sama sahaja.
Harus diingat bahawa selagi negara ini berada di bawah pimpinan orang Melayu dan Islam, apa yang dibuat tidak akan mengena.
Mereka tidak akan percaya kepada Malaysia seperti mana mereka percaya kepada Singapura.
Kenapa Bank Dunia tidak menimbulkan brain drain yang berlaku di Singapura. Ramai rakyatnya berhijrah untuk mencari suasana kebebasan di luar negara selain dari tidak percaya kepada masa depan negara itu.
Mustahil Bank Dunia tidak tahu anak muda Singapura sejak lepasan menengah telah meninggalkan Singapura untuk melanjutkan pelajaran dengan pelbagai cara terutama di Amerika Syarikat dan Britain dan tidak pulang.
Akhbar bukan bahasa Malaysia terutama akhbar bahasa Inggeris menunjukkan cerita seorang dua Melayu yang berhijrah ke negara asing ini tetapi hakikatnya yang tidak ramai pulang ialah bukan orang Melayu. Tetapi mereka perlu menggunakan kes orang Melayu untuk menutup motif mereka.
Seperti kata Prof Dr. M. Fazeilah Abdul Samad dari Universiti Malaya dalam tulisannya di The Star 30 April lalu, kedua-dua anaknya yang menuntut di England tidak pernah bercakap untuk tidak akan pulang ke negara ini sekalipun mereka kritikal terhadap dasar keistimewaan kepada bumiputera.
Dalam pada itu ramai pakar perubatan yang tetap tinggal di Malaysia kecuali kira-kira 100 doktor bukan Melayu keluaran UKM yang berhijrah ke Singapura untuk mengisi kekurangan doktor di Singapura yang banyak berhijrah keluar negara.
Penekanan terhadap soal brain drain ini dibuat oleh akhbar bukan Melayu untuk menonjolkan ketidakadilan dasar kerajaan Malaysia kepada bukan Melayu.
Saya tidak fikir kita harus terlalu mengiakan apa yang disuarakan oleh Bank Dunia itu kerana suara ini juga telah nyaring didengar sejak selepas peristiwa 13 Mei ketika Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri, tetapi ekonomi negara terus berkembang sehingga dapat menampung ramai tenaga profesional dari luar negara pula. Mereka yang lari dari negara ini selepas 13 Mei juga telah pulang ke tanah air kerana tidak tahan berada di negara asing.
Anak saya juga mempunyai rakan-rakan dari kalangan kaum Cina yang terus bekerja di luar negara selepas tamat pengajian tetapi mereka hanya bekerja setahun dua sahaja tetapi kerana suasana yang tidak sesuai dari segi persekitaran sosial, makan dan minum maka mereka pulang ke tanah air kecuali segelintir kecil yang berfikiran politikal tetapi malangnya di negara asing pun mereka tidak diberikan hak yang sama.
Sebenarnya suara Bank Dunia adalah suara DAP, suara golongan yang tidak pernah bersyukur. Siapa yang memilih negara asing, biarkanlah.
Janganlah pemimpin kita membuat mereka merasa terlalu penting sehingga menyinggung perasaan rakyat yang taat setia tidak pernah berbelah-bahagi kepada negara ini.

KOMEN : HUJAN EMAS DINEGERI ORANG, HUJAN BATU DINEGERI SENDIRI. LEBIH BAIK DINEGERI SENDIRI... DARI MEREMPAT DINEGERI ORANG. KERAJAAN PERLU MENGUTAMAKAN RAKYAT YANG SEDIA BERKHIDMAT DAN BUKAN MENGUTAMAKAN MANUSIA YANG TINGGAL DILUAR NEGARA YANG TAAT SETIA MEREKA DIRAGUI. ALAH BUKAN SEMUANYA JADI BOSS BESAR KAT SANA... YANG BANYAK JADI KULI AJE.
No comments:
Post a Comment