Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 3 May 2011

SOI LEK NAFI SOKONG PKR MANSUH HAK MELAYU


UTUSAN MALAYSIA
30.4.2011



Chua Soi Lek menafikan membuat kenyataan dalam siaran video Youtube MCA TV bahawa beliau akan menjadi orang pertama mengundi PKR jika parti pembangkang itu berjaya memansuhkan kedudukan keistimewaan orang melayu. (Dikatakan kenyataannya telah diputarbelitkan oleh DAP)

Dalam satu pertemuan dan sesi dialog dengan penyokong laman sosial FB di JB, seorang peserta telah bangkit mempersoalkan MCA kerana tidak berusaha untuk memansuhkan hak keistimewaan orang melayu?

Jawapan Soi Lek ialah ; " Saya mengatakan perkara itu bukan senang untuk dicapai kerana KITA TIDAK MEMPUNYAI MAJORITI DUA PERTIGA, perkara itu perlu dibawa kepada Mesyuarat Majlis Raja-Raja. Perkara ini adalah isu sensitif dan jangan terkeliru dengan putar belit pembnagkang".


KOMEN : Itu apa yang tersurat, yang tersiratnya kaum cina ada cita-cita dan berusaha secara senyap melalui parti komponen BN dan secara lantang melalui suara puak pembangkang terutama DAP, cina PKR dan dibantu oleh suara Malayu PKR dan PAS untuk memansuhkan HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU. Cuma buat masa ini kaum cina TIDAK MEMPUNYAI MAJORITI DUA PERTIGA di Parlimen dan halangan terbesar adalah dari Institusi Raja-Raja Melayu. Sebab itu DAP sangat bergantung pada PKR dan PAS bagi merealisasikan perjuangan mereka dalam memecah belahkan orang Melayu melalui propaganda perkauman mereka yang rasis. Bayangkan kalau mereka (orang cina) mempunyai majoriti 2/3 di Parlimen, adakah masa itu baru orang melayu akan tersedar?

Dengan kenyataan Soi Lek ini orang Melayu perlu sedar bahawa kekuatan mereka hanya bergantung kepada perpaduan kerana lain-lain kekuatan sudah jumud. Kita tiada lagi kekuatan ekonomi, pendidikan dan moral. Kuasa politik yang dimiliki pula semakin tercabar. Orang Melayu kini umpama perpatah "jika pohon kelapa tumbang, kura-kura pun teringin memanjatnya".

Apakah kita sedar siapa yang menebang pokok ini? Tidak lain, orang Melayu sendiri yang sanggup memperjudikan masa depan kaum sendiri semata-mata untuk menjadi pemimpin negara dan membalas dendam keatas seterunya.

No comments: