Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 5 May 2011

AGENDA LAPOK PUAK ZIONIS


Kajian Freedom House bukan realiti di Malaysia




KUALA LUMPUR 4 Mei - Kajian Freedom House yang meletakkan Malaysia di tangga ke-143 daripada 196 negara dari sudut kebebasan akhbar tidak menggambarkan realiti sebenar amalan media di negara ini.

Sebaliknya beberapa pemerhati dalam bidang media berpendapat, kajian itu hanya dibuat dengan melihat kepada akhbar arus perdana semata-mata tanpa membandingkan dengan akhbar propembangkang.

Pensyarah Fakulti Komunikasi Dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka, Muhammad Anwar Fahmi Hari Das Abdullah berkata, kajian itu juga tidak melihat kepada peranan sebenar akhbar di negara ini yang perlu lebih bertanggungjawab dan mengelak menyentuh isu-isu sensitif.

"Seperti juga amalan demokrasi, akhbar di negara ini memiliki kebebasan tetapi terpimpin sesuai dengan konteks masyarakatnya yang majmuk," katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai kedudukan terbaru yang dikeluarkan oleh Freedom House hari ini yang meletakkan Malaysia di tangga ke-143 daripada 196 negara dari sudut kebebasan akhbar.

Malaysia jatuh dua anak tangga berbanding tahun lalu apabila mengumpul 64 mata iaitu dikategorikan sebagai 'tidak bebas' dan berkongsi kedudukan dengan dua lagi negara iaitu Madagascar dan Angola.

Kajian Kebebasan Akhbar 2011 itu dibuat sempena Hari Kebebasan Akhbar Dunia yang disambut semalam.

Dalam perkembangan sama, Ketua Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya (UM), Dr. Mohd. Yahya Ariffin berkata, indikator yang digunakan oleh Freedom House juga boleh dipersoalkan dari sudut ketelusannya.

Malah ujar beliau, kebebasan bersuara di negara ini sejak beberapa tahun kebelakangan ini juga semakin terbuka dengan munculnya media baru yang tidak dikenakan sekatan seperti blog dan portal berita.

"Adakah apabila kerajaan tidak berjaya diporakperandakan oleh akhbar maka akhbar di negara ini dikatakan tidak bebas?" katanya.

KOMEN : INILAH KERJA MUSUH RAKYAT MALAYSIA YANG TIDAK SENANG DENGAN PERPADUAN DAN KEMAKMURAN YANG DIKECAPI OLEH RAKYAT. KALAU YA PUN NAK MENYOKONG DAN MENJADIKAN PEMIMPIN PILIHAN MEREKA MENJADI PM, JANGANLAH GUNAKAN AGENDA LAPOK BERKENAAN ISU KEBEBASAN AKHBAR. KITA PUN BOLEH FAHAM SIAPA DISEBALIK KERJA-KERJA FREEDOM HOUSE INI. TAK BEBAS APANYA BILA HARAKAH DAN AKHBAR KEADILAN BOLEH MEMFITNAH KERAJAAN MALAYSIA SESUKA HATI? BELUM LAGI DIKIRA AKHBAR DAP YANG TERUS RASIS. INILAH PADAHNYA BILA ADA TANGAN-TANGAN GHAIB CUBA MEMPORAK PERANDAKAN NEGARA KITA DANGAN MENCAMPURI HAL EHWAL POLITIK MALAYSIA.

No comments: