SHARIAL OMAR AL-MUNSYI
Rawang, Selangor
Baru-baru ini Ahli Parlimen Jerlun merangkap Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir mencadangkan penubuhan Kolej UMNO dan memberi biasiswa kepada yang memerlukan. Cadangan ini wajar disambut baik.
Kita harus menyokong bukan sahaja untuk penubuhan Kolej, tetapi juga terus menyokong sehingga sebuah universiti UMNO dapat ditubuhkan! Mengapa tidak? Jika MCA dan MIC mampu mempuyai universiti dan kolej sendiri mengapa UMNO sebagai tulang belakang BN tidak boleh atau tidak berupaya?
Apakah pandangan Mukhriz ini harus dipandang sepi? Kita tidak nampak walau sekelumit pun sambutan dalam kalangan ahli UMNO mahu pun pemimpin UMNO lain berkenaan saranan ini.
Apakah setelah 53 tahun merdeka, UMNO yang diterajui oleh orang Melayu tidak mampu dan tidak berupaya mempuyai sebuah universiti sendiri? Adakah kita berpuas hati dengan satu-satunya universiti yang ditubuhkan oleh kerajaan untuk bumiputra seperti Universiti Teknologi Mara (UiTM)?
Pelajar Melayu kebanyakannya amat berharap untuk menyambung pengajian di Institut pengajian Tinggi Awam (IPTA) kerana hanya beberapa kerat sahaja mampu membayar yuran untuk menyambung pengajian di Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Cuba bandingkan peratusan pelajar Melayu yang belajar di IPTS dengan pelajar bukan Melayu. Umpama langit dengan bumi!
Inilah masanya UMNO membantu anak-anak Melayu yang gagal mendapat tempat di universiti atau kolej lain untuk ditawarkan ke kolej atau universiti UMNO sendiri dengan menawarkan bisiswa atau pinjaman. Kita percaya UMNO mampu.
Universiti UMNO ini perlulah dimartabatkan menjadi universiti yang berkualiti tinggi dan berinovasi dengan menawarkan kursus sains, perubatan dan berteknologi tinggi.
UMNO perlu berani menongkah arus demi untuk membela untung nasib orang Melayu terutamanya dari kampung, kawasan luar dan pinggiran bandar serta tanah rancangan Felda yang selama ini terus menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) tanpa gagal.
Pembalasan yang setimpal perlulah diberikan kepada anak-anak Melayu ini untuk menjejak kaki ke menara gading. UMNO tidak perlu takut digelar rasis kerana kalau bukan UMNO, siapakah sekarang ini yang akan menolong orang Melayu? Adakah Pas dan PKR akan membantu? Jauh panggang dari api!
Di samping itu, UMNO juga perlu bertindak pantas memantau dan membantu memenuhi keperluan pelajar Melayu. Misalnya, dalam hal mendapatkan biasiswa, pinjaman.
Juga memperjuangkan nasib mereka bagi membolehkan mereka mendapat tempat di pusat pengajian tinggi, sama ada di dalam atau luar negara. Jangan hanya membiarkan urusan ini ditangani oleh pegawai daripada kementerian atau pihak kerajaan sahaja.
Kita melihat MCA (sebagaimana laporan Utusan Malaysia pada 18 Mei lalu) begitu pantas menubuhkan badan khas untuk membantu pelajar Cina yang gagal mendapat biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Badan ini dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Wee Ka Siong. Kita difahamkan, badan ini mendapat beratus e-mail dan surat daripada ibu bapa dan pelajar.
Adakah kita sudah ada jawatankuasa yang sebegini bagi membantu anak-anak kita atau sekurang-kurangnya ada tempat orang Melayu untuk mengadu? Kita perlu ingat, majoriti orang Melayu masih sayangkan UMNO!

KOMEN : TUBUHKAN AJE UNIVERSITI UMNO BAGI MEMBANTU ANAK-ANAK MELAYU YANG GAGAL MENYAMBUNG PELAJARAN MEREKA DI IPTA AWAM DI MALAYSIA. YANG AKAN BERUNTUNG DAN BERJAYA ORANG MELAYU JUGA. ORANG MELAYU AKAN TETAP MENYOKONG UMNO...
2 comments:
Kebenaran untuk mewujudkan IPTS, ditambah lagi dengan "twinning programmes" telah mengimbangi keperluan pendidikan kaum cina.
Dengan percambahan IPTS jauh melebihi bilangan IPTA, ruang bagi kaum Bumiputera untuk belajar di institusi pengajian tinggi adalah amat terhad.
Sekiranya biasiswa dan ruang kemasukan IPTA ini hendaklah disamaratakan juga (tanpa menyamaratakan peluang kepada Bumiputera utk memasukki IPTS), maka kaum Bumiputera akan semakin jauh ketinggalan dalam akses kepada pendidikan tinggi.
Tun M ada memberi pandangan beliau dalam hal ini yang saya pautkan di artikel saya 'Se Simple ABC'.
Malangnya, adalah dirasakan DS Najib tidak mampu berpandangan sejauh dan sedalam itu. Beliau hanya nampak atas permukaan sahaja, itupun setelah dibisikkan oleh punahsihat-punahsihat.
Assalam Bro
Itulah bak kata blogger bila kena sergah dengan hantu lompat cina Najib akan pusing 360 darjah. Apa pun untuk merealisasikan hal ini ahli-ahli UMNO kena over rules fungsi Presiden. Kalau Presiden tak nak dengar cakap ahli akar umbi, tak gunalah orang melayu menjadi ahli UMNO.... Buat masa ini UiTM tidak mampu menampung semua pelajar Melayu yang tamat SPM kerana kekangan kewangan oleh kerajaan...? Maka makin ramailah anak Melayu yang tercicir...
Post a Comment